Thursday, 23 March 2017

LATIHAN PENULISAN 55 : Aktiviti Hujung Minggu

Tulis sebuah karangan tentang aktiviti kamu pada hujung minggu.

Hujung minggu merupakan hari cuti umum. Setiap hujung minggu saya akan ______ beberapa perkara agar masa tidak terbuang begitu sahaja.

Perkara ______ yang saya lakukan ialah membasuh pakaian sekolah seperti kasut, stoking dan seluar. Pakaian ini saya ____ sendiri sebagai usaha untuk _____. Walau bagaimanapun, baju sekolah saya dibasuh oleh ibu kerana warnanya putih.

Setelah membasuh saya menjemurnya di bawah terik matahari. Kebiasaannya ibu dan bapa akan ke pasar _____ pada setiap pagi Ahad. Saya mengambil peluang ini untuk mengikuti mereka ke pasar. Di sinilah saya belajar mengenali jenis-jenis ____ dan ikan.

Di rumah saya akan membantu ibu memasak. Saya diberi peluang untuk _____ sayur-sayuran dan menanak nasi. Pada sebelah petang saya bermain alat ______ video bersama abang. Kadang kala saya dan keluarga bersenam di padang di hadapan rumah.

Pada sebelah ______ pula saya mengusun peralatan untuk ke sekolah. Saya juga membuat ulangkaji pelajaran untuk persekolahan esok dengan ______ ibu dan bapa saya.


melakukan
basuh
permainan
menyiang
malamnya
minggu
bimbingan
pertama
sayur
berdikari

No comments:

Post a Comment