Thursday, 23 March 2017

LATIHAN PENULISAN 58 : Kepentingan Menjaga Kebersihan Bilik Darjah

Soalan : Bilik darjah merupakan tempat yang sangat penting kepada murid-murid dan perlu dibersihkan. Tulis karangan tentang kepentingan menjaga kebersihan bilik darjah.


Apakah bilik darjah? Bilik darjah ialah tempat murid-murid menuntut ilmu secara (1) di sekolah. Bilik darjah (2) pelbagai kemudahan untuk murid-murid menuntut ilmu seperti kerusi, meja, papan tulis, sudut ilmu dan sebagainya.

Disebabkan bilik darjah menjadi tempat menuntut ilmu, maka para pelajar mestilah menjaga kebersihannya. Bilik darjah yang bersih akan menimbulkan (3) diri kepada pada pelajar. Suasana ceria dan bersih tentu akan (4) keseronokan murid semasa belajar.

Bilik darjah yang bersih (5) tahap kebersihan seseorang. Jika murid-murid sesebuah kelas sentiasa menjaga bilik darjah mereka, ini menunjukkan bahawa mereka telah diterapkan tentang pentingnya kebersihan di rumah. Kata pepatah, pendidikan awal bermula dari rumah.

Selain itu, keadaan papan tulis yang bersih akan memudahkan seseorang guru (6) sesi pengajaran. Guru tidak perlu membuang masa untuk memadam tulisan yang ada di papan tulis sebelum memulakan kelas. Bukankah amalan ini menjimatkan masa dan meningkatkan (7)?

Keadaan tingkap yang berhabuk, bakul sampah yang tidak (8) atau laci meja yang dipenuhi sampah akan mengundang penyakit. Habuk yang terlekat pada cermin, meja dan sebagainya boleh menyebabkan (9) dan membawa penyakit. Oleh itu membersihkan alatan ini akan menghindarkan kita daripada penyakit.

(10), kelas yang bersih bukan sahaja menceriakan, malah boleh meningakatkan prestasi seseorang pelajar. Oleh itu sayangilah bilik darjah seperti menyayangi rumah sendiri.


alahan
terurus
memulakan
Intihalnya
membangkitkan
menyediakan
produktiviti
melambangkan
formal
motivasi

1 comment:

  1. nope this is not what I wanted I want a karangan name cara-cara mmenjaga kebersihan bilik darjah

    ReplyDelete