Thursday, 23 March 2017

LATIHAN PENULISAN 54 : Pertandingan syarahan - Cara-Cara menjaga keselamatan di Jalan Raya

Kamu menyertai pertandingan syarahan. Syarahan kamu bertajuk cara-cara menjaga keselamatan di jalan raya. Tulis syarahan tersebut dengan lengkap.

Yang dimuliakan Tuan Pengerusi Majlis. Yang arif lagi (1), barisan hakim. Tuan-tuan, puan-puan, saudara dan saudari sidang hadirin sekalian. Tampilnya saya di sini untuk (2) sebuah syarahan bertajuk Cara-cara Menjaga Keselamatan di Jalan Raya.

Sidang hadirin sekalian.

Jalan raya memang tidak boleh (3) dengan kehidupan seharian kita. Setiap masa dan di mana jua, kita akan menggunakan jalan raya untuk urusan seharian. Sama ada ke tempat kerja, beribadat, ke sekolah, ke kedai atau bersiar-siar. Jalan raya menjadi sumber (4) terpenting. Oleh yang demikian, sebagai pengguna, kita harus bijak menggunakan jalan raya agar tiada mala petaka yang berlaku.

Untuk memastikan keselataman diri, para pengguna (5) wajib menggunakan tali pinggang dan topi keledar. Bagi pengguna kereta tali pinggang bukan sahaja untuk pemandu, bahkan juga untuk penumpang di hadapan dan belakang. Bagi penunggang motorsikal pula, (6) topi keledar boleh menyelamatkan nyawa.

Sidang dewan yang budiman,

Sekiranya berjalan kaki, pastikanlah menggunakan laluan (7) kaki yang telah disediakan. Berjalanlah dengan melawan arus kenderaan yang datang kerana dengan cara ini, kita boleh melihat kenderaan dari hadapan. Apabila ingin (8) jalan pula, gunalah laluan belang dan lampu isyarat yang disediakan.
       
Bagi jalan-jalan raya yang lebih luas dan lebih sibuk seperti di kawasan (9), pihak Jabatan Kerja Raya telah menyediakan jejantas. Gunakan jejantas untuk ke seberang. Dengan cara ini keselamatan kita akan (10).

Tuan-tuan dan puan-puan (11),

Dengan ini jelaslah bahawa, keselamatan di jalan raya adalah tanggungjawab kita sendiri. Jangan ambil mudah kerana sikap ini akan menggadai nyawa. Sekali lagi saya (12) agar berhati-hatilah di jalan raya.

Sekian, terima kasih.


menyampaikan
sekalian
bandar
melintas
dipisahkan
kenderaan
perhubungan
bijaksana
pejalan
pemakaian
tegaskan
terjamin

No comments:

Post a Comment