Tuesday 2 June 2015

Latihan Penulisan 37 : Keperihalan (Pasar Tani)

Soalan : kamu menemani ibu ke sebuah pasar tani. Perihalkan tentang pasar tani tersebut.

         Saya dan ibu saya dalam ...(1)... menuju ke Medan Gopeng, Ipoh. Ketika itu, juruhebah Stesen Radio 3 Negeri Perak mengumumkan waktu sudah menghampiri pukul 7.45 pagi. Dari jauh sudah kelihatan beberapa deret payung besar yang berwarna-warni memenuhi lapangan Pasar Tani Medan Gopeng.
        
         Apabila saya sampai di situ, kelihatan para ...(2)... sibuk melayan pelanggan-pelanggan mereka. Ada yang ...(3)... sayur-sayuran dan buah-buahan. Ada pula yang menjual daging ayam, daging lembu, daging kambing, dan ikan air tawar. Di sudut lain, terdapat pula peniaga yang menjual barang-barang keperluan harian seperti pakaian, permainan, keperluan dapur dan sebagainya.
        
         Suasana pada pagi itu agak bising. Suara para penjual dan para pembeli saling ...(4)... di sana sini. Hal ini menyebabkan keadaan di situ agak ...(5)... dan meriah. Tambahan pula, pasar tani ini diadakan di kawasan yang berhampiran dengan beberapa buah taman perumahan dan kampung yang sentiasa ramai dengan pengunjung.
        
         Walaupun ...(6)... orang di pasar tani, namun keadaannya bersih. Keadaan ini memungkinkan pembeli dapat membeli-belah dengan selesa. Keadaan sedemikian ...(7)... kerana sikap bertanggungjawab semua pihak menjaga kebersihan. Setiap gerai menyediakan sebuah tong sampah besar untuk memasukkan sampah-sarap.
        
         Masa berlalu, semakin banyak orang berkunjung ke sini untuk ...(8)... barang-barang keperluan harian. Hal ini demikian kerana sayur-sayuran dan ...(9)... yang dijual di sini segar-segar belaka dengan tawaran harga yang berpatutan. Selain itu sikap ramah para peniaga semasa melayan pelanggan telah menjadi sebutan ramai.
        
          Apabila hari semakin meninggi, orang ramai beransur-ansur kurang. Para ...(10)... juga mula mengemas barang-barang mereka. Pada pukul dua petang, selesailah urusan jual beli di pasar tani ini.


sesak
mendapatkan
menjual
barangan dapur
bertingkah
banyak
perjalanan
wujud
peniaga
peniaga


Latihan Penulisan 36 : Menyambung Cerita (penutup diberikan)

Soalan : Sudahi karangan kamu dengan ayat “…… tepukan gemuruh yang diberikan itu amat besar ertinya dalam hidupku.”

            Aku berasa begitu ___1___ dan bergemuruh apabila dimaklumkan bahawa aku akan mewakili sekolah dalam pertandingan pidato pada bulan hadapan. Cikgu Syazwan memilihku setelah diadakan pertandingan antara kelas.

            Aku dan beberapa orang murid lain diberi latihan intensif oleh Cikgu Syazwan. Kami diajar cara-cara menyampaikan pidato yang baik, pergerakan anggota badan, ___2___ muka dan intonasi suara. Latihan intensif itu dijalankan selama sebulan.

            Di rumah, aku berlatih di bilikku. Aku menghadap cermin besar, lalu ____3______ seolah-olah aku sedang berpidato di khalayak ramai. Ini adalah antara teknik yang diajar oleh Cikgu Syazwan yang merupakan ____4____ pidato peringkat kebangsaan ketika beliau bergelar mahasiswa.

            Ibu bapaku juga tidak ketinggalan membantu aku. Mereka merakam aksi pidatoku dan menayangkannya semula. Seperti ____5___ dalam rancangan realiti televisyen, aku ___6____ dan diberi dorongan.

            Kini, tibalah saat yang dinantikan. Aku berdiri di atas pentas dengan disaksikan oleh __7_____ mata. Sebagai pemidato terakhir aku menyampaikan pidato yang bertajuk “Teknologi Maklumat Sangat Penting Dalan kehidupan Manusia”. Hujahan dan ___8___ pidatoku menjadi perhatian para penonton.

             Setelah tamat berpidato, lima pemidato terbaik ___9____ ke pentas. Aku merupakan ____10___ seorang daripada mereka. Dengan diiringi tepukan oleh para penonton, aku dinobatkan sebagai johan Pidato Peringkat Daerah Kinta Utara. Tepukan gemuruh yang diberikan itu sangat besar ertinya dalam hidupku.


resah
bertanding
berimaginasi
gaya
dipanggil
dikritik
mimik
salah
johan
ribuan