Soalan : Sudahi
karangan kamu dengan ayat “…… tepukan gemuruh yang diberikan itu amat besar
ertinya dalam hidupku.”
Aku berasa begitu ___1___ dan
bergemuruh apabila dimaklumkan bahawa aku akan mewakili sekolah dalam
pertandingan pidato pada bulan hadapan. Cikgu Syazwan memilihku setelah
diadakan pertandingan antara kelas.
Aku dan beberapa orang murid lain
diberi latihan intensif oleh Cikgu Syazwan. Kami diajar cara-cara menyampaikan
pidato yang baik, pergerakan anggota badan, ___2___ muka dan intonasi suara.
Latihan intensif itu dijalankan selama sebulan.
Di rumah, aku berlatih di bilikku.
Aku menghadap cermin besar, lalu ____3______ seolah-olah aku sedang berpidato
di khalayak ramai. Ini adalah antara teknik yang diajar oleh Cikgu Syazwan yang
merupakan ____4____ pidato peringkat kebangsaan ketika beliau bergelar
mahasiswa.
Ibu bapaku juga tidak ketinggalan
membantu aku. Mereka merakam aksi pidatoku dan menayangkannya semula. Seperti
____5___ dalam rancangan realiti televisyen, aku ___6____ dan diberi dorongan.
Kini, tibalah saat yang dinantikan.
Aku berdiri di atas pentas dengan disaksikan oleh __7_____ mata. Sebagai
pemidato terakhir aku menyampaikan pidato yang bertajuk “Teknologi Maklumat
Sangat Penting Dalan kehidupan Manusia”. Hujahan dan ___8___ pidatoku menjadi
perhatian para penonton.
Setelah tamat berpidato, lima pemidato terbaik
___9____ ke pentas. Aku merupakan ____10___ seorang daripada mereka. Dengan
diiringi tepukan oleh para penonton, aku dinobatkan sebagai johan Pidato
Peringkat Daerah Kinta Utara. Tepukan gemuruh yang diberikan itu sangat besar
ertinya dalam hidupku.
resah
|
bertanding
|
berimaginasi
|
gaya
|
dipanggil
|
dikritik
|
mimik
|
salah
|
johan
|
ribuan
|
No comments:
Post a Comment