Wednesday, 28 August 2019

Penulisan 78 : Laporan Hari Kantin SK Mesra Jaya


Laporan Hari Kantin Sekolah Kebangsaan Mesra Jaya

Pada 27 Mac yang lalu, Sekolah Kebangsaan Mesra Jaya telah mengadakan program hari kantin. Program ini melibatkan beberapa persatuan dari unit kokurikulum.  Antara persatuan yang terlibat ialah Persatuan Bahasa Melayu, Sains, Kebudayaan, Setia, Pembimbing Rakan Sebaya, Bahasa Inggeris dan badan-badan beruniform.

            Dalam program tersebut, Persatuan Bahasa Melayu membuka sebuah gerai yang menjual buku-buku terpakai dan buku-buku baharu. Buku-buku terpakai disumbangkan oleh anggota persatuan. Manakala buku-buku baharu diperolehi melalui syarikat-syarikat penerbitan.

            Sepanjang hari kantin tersebut berlangsung, para pengunjung berurus niaga menggunakan kupon khas yang disediakan oleh urusetia. Wang tunai tidak digunakan. Para pengunjung yang mengunjungi hari kantin ini menukar wang tunai kepada kupon di kaunter khas yang disediakan. Penggunaan kupon bertujuan untuk menyelaraskan urussn kewangan.

            Antara gerai yang mendapat sambutan ramai ialah gerai makanan, minuman dan gerai buku. Pelbagai makanan dan minuman dijual. Ada makanan berat dan makanan ringan. Begitu juga dengan minuman, pengunjung boleh menikmati minuman sejuk atau panas dengan harga yang berpatutan.

            Selain itu, terdapat juga pameran daripada pelbagai agensi. Pihak Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) turut membuat pameran, tayangan dan demonstrasi. Murid-murid begitu teruja mengaksikan demonstrasi perang dan kawad oleh pasukan TUDM. Mereka juga berpeluang melihat senjata dan merakamkan gambar bersama model pesawat tempur.

            Hari kantin ini tamat pada pukul 6.00 petang. Setelah gerai ditutup dan para pengunjung beransur meninggalkan lokasi, para petugas menjalankan proses mengemas dan membersihkan kawasan sekolah. Walaupun keletihan, semua pihak gembira kerana berjaya menganjurkan aktiviti yang sangat bermakna ini.

Disediakan oleh;                                                                                         4 April 2019
Zikridaealdani
( ZIKRI DANEAL BIN SHAMSUL DANI)
Setiausaha
Persatuan Bahasa Melayu
Sekolah Kebangsaan Mesra Jaya

No comments:

Post a Comment