Wednesday, 28 August 2019

Penulisan 76 : Catatan melawat tempat bersejarah ( Melaka )


Soalan 1 : Catatan melawat tempat bersejarah

14 November 2018

6:00 pagi
Saya dan keluarga bertolak ke Melaka dari Ipoh dengan mengenderai kereta. Ayah singgah di kawasan rehat dan rawat untuk ( 1 ) dan bersarapan.

10:30 pagi
Kami sampai di Bandar Melaka. Tempat pertama yang kami ( 2 ) ialah mengunjungi Kota A-Famosa. Kota ini merupakan ( 3 ) pertahanan peninggalan Portugis. Kota A-Famosa diperbuat daripada batu yang sangat tebal. Di hadapan kota ini ditetakkan beberapa pucuk meriam yang ( 4 ) ke kawasan laut.

Berhampiran kota A-Famosa ditanam beberapa batang pokok ( 5 ). Mengikut sejarah, nama negeri Melaka diambil sempena pokok melaka. Inilah kali pertama aku melihat pokok ini. Pokoknya tidak terlalu besar, berdaun kecil-kecil dan mempunyai buah  ( 6 ) buah cermai.

1:00 tengah hari
 Tidak jauh dari kota A-Famosa terdapat beberapa buah muzium. Kami melawat beberapa buah muzium di situ. Antaranya ialah Muzium Samudera dan Muzium Kesultanan Melayu Melaka. Muzium Kesultanan Melayu Melaka diperbuat daripada kayu, binaannya ( 7 ) menyerupai istana sultan Melaka.

Dalam Muzium itu ( 8 ) alat-alat kebesaran di raja seperti pakaian, senjata, gendang dan sebagainya. Kami juga berpeluang merakam ga,bar kenang-kenangan di ( 9 ) yang terdapat dalam muzium tersebut.

5:00 petang
Setelah seharian melawat tempat-tempat bersejarah, kami berkunjung pula ke       ( 10 ) jualan untuk membeli cenderamata sebagai kenang-kenangan. Kami berehat sebentar sebelum meneruskan aktiviti pada seblah malam.

tujui
dipamerkan
beristirahat
 menghala
 melaka
 gerai-gerai
 benteng
seakan-akan
direka
kamar-kamar


No comments:

Post a Comment