SOALAN : Kamu telah mengikuti satu lawatan pendidikan bersama rakan-rakan sekelas. ceritakan pengalaman tersebut.
Tanggal
21 Disember _____1___, aku dan rakan-rakan sekelasku telah menyertai _______2_____
ke Kuala Kangsar. Kami terdiri daripada 30 orang murid dan 3 orang guru
pengiring.
Dalam lawatan tersebut kami telah
berpeluang _____3____ ke beberapa tempat menarik di Kuala Kangsar. Antaranya
ialah Galeri Sultan Azlan Shah. Galeri yang terletak dalam perjalanan ke Istana
Iskandariah tersebut menempatkan koleksi Sultan Azlan Shah, iaitu sultan negeri
Perak. Banyak koleksi menarik milik tuanku dipamerkan seperti basikal, ____4_____, gambar semasa baginda bersekolah
dan sebagainya.
Kami berangkat pula menuju ke Bukit
Chandan yang terletak hanya kira-kira 10 minit dari Galeri Sultan Azlan Shah. Di Bukit Chandan kami berpeluang melihat
keunikan ______5_____ atau juga dikenali
sebagai Istana Kuning. Aku begitu kagum melihat sebuah istana besar yang dibina
tanpa menggunakan paku. Berhampiran Istana Kenangan kami berpeluang melihat
Istana Iskandariah, tempat Sultan Perak bersemayam. ____6______ tidak
henti-henti mengambil gambar untuk dijadikan kenangan.
Sebaik sahaja azan Zuhur berkumandang,
kami dibawa ke masjid Ubudiah. Masjid Ubudiah merupakan sebuah masjid yang
sangat unik ____7____. Lapisan _____8____ menjadikan masjid ini sangat sejuk
dan selesa. Setelah selesai solat kami melawat ke makam di raja yang terletak
di dalam kawasan masjid tersebut.
Perut mula berkeroncong. Kami dibawa
menikmati makan tengah hari di Lembah Sungai Perak. Kami duduk bersantai di
sekitar tebing sungai Perak menyaksikan aktiviti ______9_____ membawa penumbang
berulang-alik ke seberang. Sambil itu kami menikmati juadah yang telah ditempah
di sekitar ____10_____.
Sedar tidak sedar, kami sudah
menghampiri masa yang ditetapkan. Lawatan pendek itu perlu kami laporkan. Dalam
perjalanan pulang ke Ipoh aku dan rakan-rakan kumpulanku mula membahagikan
tugasan untuk pembentangan pada hari berikutnya.
tahun lalu
|
pingat kebesaran
|
lawatan pendidikan
|
Istana Kenangan
|
seni binanya
|
bot penambang
|
tebing sungai
|
batu marmar
|
menjejakkan kaki
|
Lensa kamera
|
No comments:
Post a Comment