Thursday, 17 March 2016

Latihan Penulisan 42 : Ucapan sempena Hari Guru

Sekolah kamu telah meraikan sambutan Hari Guru, selaku Ketua Pengawas, kamu telah menyampaikan satu ucapan mewakili murid-murid. tulis ucapan kamu tersebut.

          Yang Dimuliakan Saudara Pengerusi Majlis, Yang ____1____ Encik Fattah Bin Rajali, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Berkat Setia. Barisan guru-guru yang dihormati serta rakan-rakan _____2____ sekalian. Mewakili seluruh murid Sekolah Kebangsaan Berkat Setia, saya mengucapkan selamat hari guru kepada guru-guru yang kami hormati.

Hadirin sekalian,

          Guru adalah ____3_____ kepada kejayaan murid. Guru merupakan ibu dan bapa yang menggantikan ibu bapa kandung kita. Walaupun kita bukanlah anak-anak kandung mereka, namum mereka tetap ____4____ kita dengan penuh kasih sayang. Justeru saya menyeru kepada rakan-rakan sekalian agar sentiasa menghormati guru.

          Setiap hari kita akan mendengar nasihat dan ___5____ dari mulut guru kita. Mereka tidak pernah berasa jemu memberi nasihat serta bimbingan. Malah ____6____ hari juga kita mendengar pujian dan pujukan ikhlas yang dilafazkan kepada kita.

          Rakan-rakan sekalian. Kita mula mengenal huruf, mengeja, membilang dan membaca. Semua itu adalah hasil titipan ilmu daripada guru kita. Kini ada dalam _____7_____ kita bergelar pemidato, jaguh bercerita, ____8___, johan kuiz, tahfiz dan sebagainya. Bukanlah itu semua bermula daripada seorang guru dalam sebuah kelas?

          Justeru, saya ____9____ kepada rakan-rakan sekalian agar sentiasa menunjukkan rasa hormat kepada guru di mana sahaja. Kepada semua guru, saya mewakili rakan-rakan memohon maaf terhadap apa juga ____10____ kami. Terima kasih cikgu. Selamat hari guru.

Sekian, terima kasih.


kealpaan
kalangan
mengasuh
pemuisi
Berusaha
menyeru
teguran
saban
tonggak
seperjuangan

No comments:

Post a Comment