Friday 13 March 2015

Latihan Penulisan 11. Faedah Hobi

SOALAN : SETIAP ORANG MEMPUNYAI HOBI TERSENDIRI UNTUK MENGISI MASA LAPANG. TULIS KARANGAN TENTANG FAEDAH HOBI.

Faedah Hobi Kepada Kita

Setiap orang mempunyai hobi. Hobi ialah aktiviti __________ yang dilakukan pada masa lapang. Terdapat pelbagai jenis hobi yang boleh dipilih bagi memenuhi masa yang terluang. Antaranya ialah mengumpul setem, membaca, _________ dan sebagainya.

            Hobi banyak manfaatnya, antaranya ialah melalui hobi mengumpul ______ kita dapat mengetahui tentang sejarah negara. Setem yang dikeluarkan oleh Pos Malaysia biasanya berdasarkan peristiwa tertentu seperti kemerdekaan, pertabalan _______ dan seniman negara.

            Melalui hobi membaca, seseorang murid boleh mengetahui tentang perkembangan yang berlaku dalam dan luar negara. Di samping itu, dapat pula menambahkan _______ kata untuk digunakan dalam mata pelajaran bahasa Melayu.

            Sekiranya kita bijak, hobi tertentu boleh digunakan untuk mendapatkan pendapatan sampingan. Contohnya _________ bunga. Kreativiti menggubah bunga menjadi perhiasan, bunga telur atau bunga roset boleh menarik ________ orang lain untuk membelinya. Dengan cara ini kita boleh mendapatkan wang secara sambilan.

            Selain itu hobi juga boleh memberikan hiburan. Sesetengah orang gemar menyanyi. Melalui aktiviti menyanyi bersama keluarga, kita bukan sahaja dapat memberikan _______ malah boleh ________ hubungan antara keluarga.

            Jelaslah bahawa hobi merupakan sesuatu yang sangat berfaedah kepada kita. Apa yang penting ialah, pilihlah hobi yang sesuai dengan ________ dan kemampuan masing-masing.



hiburan
minat
minat
raja
merapatkan
memasak
menggubah
berfaedah
setem
perbendaharaan

No comments:

Post a Comment