Tuesday 17 March 2015

Latihan Penulisan 13 : Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah (Berita)

SOALAN : Sekolah kemu telah mengadakan satu Majlis Pelantikan Pengawas, tulis sebuah berita tentang majlis pelantikan pengawas tersebut.


Pelantikan Pengawas Sekolah Kebangsaan Teman Jaya, Ipoh

IPOH, 12 April – Lembaga Disiplin Dan Pengawas Sekolah, Sekolah Kebangsaan Teman Jaya, Ipoh telah mengadakan majlis __1___ pengawas sekolah tersebut. Majlis yang _____2____ di Dewan Bestari itu telah dirasmikan oleh Yang Setia, Inspektor Khairul Nizam Bin Tajudin, Ketua Polis Balai, Balai Polis Simpang Pulai.

Majlis yang bertujuan untuk menyerahkan watikah pelantikan pengawas itu dimulai dengan ucapan Encik Rizal Bin Salim, Guru Besar sekolah berkenaan. Dalam ucapannya, Inspektor Khairul Nizam ___3___ berkata bahawa masalah dalam kalangan remaja kini semakin buruk. Banyak kes berat yang melibatkan remaja dilaporkan berlaku saban hari.

Beliau berharap dengan adanya pengawas sekolah, masalah ___4___ dalam kalangan pelajar dapat dibendung. Justeru beliau menaruh harapan agar para pengawas yang dilantik boleh menjadi ____5__ terbaik kepada semua pelajar sekolah.  Disiplin yang diterapkan boleh membantu para pelajar mengelakkan diri dari ____6____ dalam perbuatan tidak bermoral.

Sebaik sahaja majlis penyerahan watikan pelantikan disempurnakan, para pengawas sekolah melafazkan ___7__ kepimpinan muda. Lafaz ikrar tersebut telah ___8____ oleh saudara  Mohd Amin Bin Nizarudin. Sebagai tanda penghargaan cenderamata telah disampaikan sendiri oleh saudara Mohd Amin Bin Nizaruddin dengan diperhatikan oleh guru besar sekolah berkenaan.

Sebelum malis tersebut berakhir, para pengawas bergambar ____9___ Inspektor Khairul Nizam, Guru Besar serta guru-guru disiplin sekolah. Majlis __10___ pada jam 10.45 pagi.



contoh
diketuai                 
bersama-sama
terjebak
disiplin
pelantikan
dilaporkan
berakhir
ikrar
        berlangsung

No comments:

Post a Comment