Tuesday 17 March 2015

Latihan Penulisan 14 : Perkhemahan Unit Beruniform (Laporan)

SOALAN : Persatuan unit beruniform yang kamu sertai telah mengadakan satu aktiviti perkhemahan. Tulis laporan itu selegkapnya.

LAPORAN PERKHEMAHAN PERSATUAN TUNAS KADET
REMAJA SEKOLAH, SEKOLAH KEBANGSAAN ANJUNG BERKAT, IPOH
     
           Pada hari Jumaat, 27 Mei 2014 yang lalu, seramai 40 orang ...(1)... Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) dan enam orang guru penasihat dari Sekolah Kebangsaan Anjung Berkat, Ipoh telah ...(2)... Perkhemahan Asas Jaya Diri bertempat di Hutan Lipur Papan, Perak.
          
           Di lokasi perkhemahan tersebut, ketua …(3)… memberi penerangan dan arahan ringkas tentang tugasan setiap anggota TKRS. Tanpa membuang masa, kami pun …(4)… khemah. Di samping itu, ada anggota yang menyediakan peralatan untuk memasak dan tugasan-tugasan lain seperti yang telah diagihkan.
          
           Waktu makan tengah hari telah ...(5)... pada pukul 12.30 tengah hari. Kami juga diberi masa untuk riadah selama dua jam. Waktu ini kami gunakan untuk berbincang tentang ....(6)... yang akan dijalankan dan mengemas peralatan yang digunakan dalam persembahan tersebut.
          
           Pada sebelah malamnya, selepas solat Isyak, aktiviti ...(7)... diadakan. Latihan dalam kumpulan dikendalikan oleh guru-guru penasihat TKRS. Melalui aktiviti ini kami diberi pendedahan tentang pentingnya disiplin dalam kalangan pelajar. Aktiviti ini …(8)… pada pukul 11.00 malam. 
          
           Ahad, 29 Mei 2014, berakhirlah perkhemahan kami. Pada pukul 2.30 petang, kami ...(9)...  mengemaskan...(10)... dan alat-alat perkhemahan serta membersihkan tapak perkhemahan. Kami bertolak pulang sejurus selepas majlis perasmian disempurnakan oleh Guru Besar.
            
Laporan disediakan oleh,                                                                                                   10 Jun 2014.                                                                          
            Ahmad Zahir
( AHMAZ ZAHIR BIN SAIFULLAH)
Setiausaha Tunas Kadet Remaja Sekolah,
Sekolah Kebangsaan Anjung Berkat. 


tapak perkhemahan
penasihat
ditetapkan
aktiviti
tamat
latihan dalam kumpulan
bekerjasama
anggota
mendirikan
mengadakan

No comments:

Post a Comment