Thursday 12 March 2015

Latihan Penulisan 1 : Faedah Pusat Sumber


 Soalan  : TULIS SEBUAH KARANGAN TENTANG FAEDAH PENGGUNAAN PUSAT SUMBER.

Faedah  Menggunakan Pusat Sumber.

Setiap sekolah pasti dilengkapi dengan perpustakaan. Di perpustakaan terdapat  pelbagai jenis bahan bacaan seperti buku cerita, ______1_____, akhbar dan sebagainya. Buku-buku yang terdapat di perpustakaan boleh dipinjam dengan menggunakan kad _____2_________.

Melalui pusat sumber, murid-murid boleh membaca. Amalan membaca dapat meningkatkan pengetahuan seseorang. Sebagai contoh, jika kita membaca buku tentang sejarah _____3_____ negara, kita akan menambahkan pengetahuan tentang sejarah tanah air dan negarawan. Pengetahuan yang ditimba itu dapat memupuk semangat patriotik  terhadap negara.
           
Jika kita sering mengunjungi perpustakaan, kita dapat memanfaatkan masa lapang. Hal yang demikian  menjadikan kita tidak ______4______ masa terluang. Kita juga tidak _______5________ dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti berbual-bual kosong dan berpeleseran.
           
Membaca buku-buku yang terdapat diperpustakaan dapat memberikan _____6______ kepada kita. Contohnya kita akan terhibur dengan cerita-cerita _____7______ yang dibaca atau mendapat pengajaran dan _______8_______daripada cerita itu tadi. Hati kita akan menjadi tenang dan gembira melalui pembacaan tersebut.
           
Melalui buku-buku yang dipinjam dan dibaca dari perpustakaan juga akan dapat meningkatkan penguasaan bahasa seseorang pelajar. Contohnya kita dapat mempelajari _____9______ kata baru yang boleh digunakan semula dalam penulisan karangan. Jika kita tidak tahu makna,sesuatu perkataan pula, bolehlah dirujuk dalam kamus. Secara tidak langsung kita telah dapat menambahkan _______10_______kata yang baik dan berguna untuk kita.
           
Sesungguhnya, perpustakaan merupakan _____11_______ ilmu yang perlu dikunjungi oleh setiap pelajar. ____12______ yang ada di perpustakaan janganlah disia-siakan. Kunjungilah pusat sumber dan perolehilah manfaat daripadanya.


kemudahan
gedung
perbendaharaan
kosa
iktibar
hiburan
tokoh
terjebak
majalah
membazirkan
pinjaman
lucu

1 comment: