Thursday 12 March 2015

Latihan Penulisan 5 : Melengkapkan cerita (imaginasi)

Lengkapkan karangan di bawah dengan jawapan yang sesuai.


Setelah diagihkan tugas, kamipun menjalankan tanggungjawab masing-masing. Aku dan beberapa orang rakanku ditugaskan mencari kayu api untuk  memasak. Tanpa disedari kami semakin jauh ke dalam hutan. Rakanku ………………..

Mulakan karangan kamu dengan …Rakanku……

Rakanku yang bernama Khair mula gelisah. Dia kelihatan pucat lesi. Kakinya _____1_____ tidak dapat bergerak, seolah-olah ada _____2____ yang menghalangnya bergerak. Kami tertanya-tanya apa yang berlaku. Bibirnya menunjukkan sesuatu di hadapan.

Oh tidak! Ada Pak Belang sedang memerhatikan kami. Badannya berbelang hitam dan ___3____ keemasan. Taringnya yang panjang menampakkan kegarangannya. Air liurnya ____4_____ menandakan Pak Belang sedang kelaparan. Apa yang patut kami lakukan?

Aku cuba menenangkan diriku. Peluh jantan membasahi kami. Kami benar-benar berada dalam keadaan yang sangat _____5____, nyawa kami benar-benar di hujung tanduk. Karim jatuh terjelepuk kerana terlalu takut. Kami hanya mampu berdoa agar selamat daripada musibah ini.

Secara tiba-tiba ada satu cahaya dari belakang kami menyuluh tepat ke arah mata Pak Belang. Pantulan _____6_____ itu menyebabkan mata Pak Belang menjadi merah menyala ____7____ api yang membakar. Pak Belang melompat ke arahku. Aku cuba mengelak, tetapi gagal.

Aku berada betul-betul di bawah perut Pak Belang. Ngauman yang sangat kuat menyebabkan aku benar-benar takut. Dengan menggunakan kekuatan tanganku, aku memukul-mukul muka haiwan ____8___ itu sambil menjerit mencari kekuatan.

Semakin lama, cahaya itu semakin terang. Aku dapat merasakan tanganku dicengkam erat. Rupa-rupanya aku mengigau ketika ____9____ dalam khemah semasa mengikuti perkhemahan Rambu Pengakap. Aku tersipu malu kerana khemah tersebut ___10____ angkara mimpi ngeriku itu.




jingga
magnet
terpaku
cahaya
seperti
liar
genting
meleleh
terlelap
roboh

No comments:

Post a Comment