Thursday 12 March 2015

Latihan Penulisan 7 : Suasana Olahraga Tahunan Sekolah

 Soalan  : SEKOLAHKAMU TELAH MENGADAKAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN. GAMBARKAN SUASANA KEJOHANAN TERSEBUT

Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolahku

Awal-awal pagi lagi kami telah berkumpul di _____1___ perhimpunan sekolah. Guru kelas mengambil kedatangan kami. Sebaik sahaja kedatangan diambil kami dipecahkan mengikut rumah sukan masing-masing.

Dengan membawa bendera, sepanduk dan memakai baju rumah sukan yang berwarna-warni, kami bergerak ke padang awam di Taman Bersatu. Bendera rumah Juara, Jaguh, Johan dan Wira berkibar-kibar ______2_____ angin. Sesampainya di padang, kami bergerak ke khemah yang telah disediakan.

Aku dan rakan-rakanku bersedia di tepi ____3___. Kami akan melakukan perbarisan masuk bagi mewakili kontijen rumah sukan masing-masing. Kami berjalan kaki dengan segak sambil menghentak kaki mengikut ______4____ muzik perbarisan yang dimainkan. Sesampai di tengah-tengah padang, kami menyanyikan lagu-lagu rasmi sekolah dan mendengar ucapan daripada perasmi.

Sebaik sahaja kami bergerak masuk ke khemah rumah masing-masing, pengacara sudah mengumumkan ___5____ pertama iaitu larian murid tahap 1 akan bermula. Para penonton yang terdiri daripada ibu bapa bersorak-sorai memberi sokongan dan kata-kata semangat kepada para peserta. Aku dapat melihat kesibukan para _____6______ menjalankan tugas mereka.

Acara yang paling mengujakan ialah acara akhir tarik tali antara rumah. Rumah Juara akan berentap dengan rumah Wira. Semua murid bergerak ke ___7____ padang untuk memberikan sokongan. Para penonton juga menghampiri ke _____8____ tempat tarik tali dilangsungkan. Keadaan menjadi begitu kecoh. Para peserta menarik tali dengan sekuat hati mereka diiringi oleh sorakan para penyokong.

Acara sukan _____9____ dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Rumah Juara Berjaya mengalahkan rumah Wira dalam acara tarik tali. Fattah Bin Muhammad diumumkan sebagai olahragawan, manakala Fatimah Binti Zahri ______10_____ sebagai olahragawati. Kami menamatkan olahraga dengan sorakan kegembiraan.



ditiup
dinobatkan
dataran
tengah
tapak
acara
diakhiri
pegawai
alunan
padang

No comments:

Post a Comment