Thursday 12 March 2015

Latihan Penulisan 4 : Membantu Kanak-Kanak di Pasar Malam (Tindakan)

SOALAN : KAMU MENGIKUTI IBU DAN BAPA KE PASAR MALAM. KAMU TERNAMPAK SEORANG KANAK-KANAK MENANGIS KERANA KEHILANGAN IBU BAPANYA. PERIHALKAN TINDAKAN KAMU.


Aku begitu ___1____ mengikuti ibu dan bapaku ke pasar malam. Mana tidaknya, mereka sudah berjanji untuk membelikanku kereta permainan kawalan jauh. Sedang asyik membelek-belek kereta yang dijual, aku ternampak seorang kanak-kanak menangis.

Aku segera menghampiri kanak-kanak itu. Aku bertanyakan namanya dan sebab dia menangis. Kanak-kanak itu tidak menjawab, sebaliknya tangisannya semakin kuat. Aku cuba ______2_____ dengan memberikannya gula-gula.

Kanak-kanak itu bernama Syafiq. Dia kehilangan ibu dan bapa ketika asyik melihat alat permainan. Aku _______3______ air mata kanak-kanak itu dengan sapu tangan. Kanak-kanak itu memaklumkan bahawa ibunya memakai baju kurung hijau dan bertudung kuning. Manakala ayahnya pula memakai kemeja-t berwarna merah. Aku memanjangkan leher _____4_______ kiri dan kanan . Mungkin ada  pengunjung yang memakai pakaian seperti gambaran tersebut.

Aku membawa kanak-kanak itu berjumpa ayah dan ibuku. Ayah dan ibuku _____6______ melihat kanak-kanak itu.  Aku ______5____ agar ayah dan ibu membawa kanak-kanak itu dan mencari ibu dan bapanya. Ayah dan ibuku setuju. Aku berjalan di hadapan mencari-cari orang ___7____  Syafiq.

Sambil itu aku terus berbual-bual dengan kanak-kanak itu agar dia berasa selesa. Aku memegang erat tangannya. Kanak-kanak itu tidak lagi menangis. Tidak berapa lama kemudian, Syafiq menjerit memanggil  ayahnya. Seorang lelaki berpaling ______8____ mendapatkan Syafiq.

Syukurlah, Syafiq telah _______9_____ ibu dan bapanya. Kami pulang sejurus ibu dan bapa kanak-kanak itu mengucapkan terima kasih kepada kami.  Aku terus ____10_____ tujuan asalku iaitu  membeli permainan kereta kawalan jauh.



memujuknya
mencadangkan
teruja
tua
menengok
menemui
mengelap
terlupa
lalu
kasihan

No comments:

Post a Comment