Tuesday 17 March 2015

Latihan Penulisan 15 : Kebaikan Penggunaan Ketuhar Mikrogelombang (Perbahasan)

SOALAN : KAMU TELAH MENYERTAI SATU PERTANDINGAN BAHAS. TAJUK PERBAHASAN KAMU IALAH PENGGUNAAN KETUHAR MIKROGELOMBANG MENDATANGKAN BANYAK KEBAIKAN. TULIS PERBAHASAN TERSEBUT DENGAN LENGKAP.

Kebaikan Ketuhar Mikrogelombang 

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Pengerusi Majlis, para ____1___ yang arif lagi bijaksana para hakim serta sidang hadirin sekalian. Pada pagi yang bertuah ini, saya ingin  membahaskan tajuk  yang menjadi medan ______2_____ kita “Penggunaan Ketuhar Mikrogelombang Lebih Banyak Membawa Kebaikan”.

Hadirin sekalian,
Kita semua sedia maklum bahawa ketuhar mikrogelombang bukan lagi suatu peralatan asing di dapur, malah dapat dikatakan hampir setiap rumah ____3______. Tambahan pula, harganya kini makin murah dan memungkinkan alat ini mampu dimiliki berbanding ketika alat ini mula memasuki pasaran. Dapur moden ini banyak membantu ibu dan suri rumah memasak makanan dalam tempoh masa yang singkat, tanpa perlu mengotorkan ruang dapur.

Penggunaan ketuhar _____4______ memang banyak kelebihannya. Selain proses memasaknya yang mudah dan cepat, zat yang terkandung dalam makanan dapat dikekalkan jika kaedah ini digunakan dengana betul. Sebagai contoh, vitamin C amat peka terhadap haba. Oleh itu, jika kita memasak dengan menggunakan kaedah lain, akan hilanglah vitamin yang banyak itu. Hal ini berbeza daripada penggunaan dapur ____5___ ini kerana zat makanan akan tetap dikekalkan meskipun makanan tersebut sudah masak.

Apabila memasak makanan dengan menggunakan ketuhar ini, kita perlu memasukkannya ke dalam bekas dan menutupnya. Hal ini demikian supaya ____6____ lembap dapat dihasilkan dan makanan akan masak sekata. Oleh itu, pemanasan haba ini akan membunuh bakteria dalam makanan. Sebagai contoh, jika kita membakar seekor ayam dalam ketuhar ini, suhu yang sesuai akan membakar ayam dengan sekata tanpa menyebabkan bahagian luarnya ____7___. Tentu _____8____ rasanya, bukan?

Sebagai penutup bicara, ingin saya tekankan bahawa penggunaan ketuhar mikrogelombang menguntungkan pengguna yang ____9___ memanfaatkan kemajuan sains dan teknologi yang sedia ada. Oleh itu, hargailah kemajuan sains dan teknologi untuk kemudahan kita semua.

Sidang hadirin sekalian, sebelum mengundur diri, saya tegaskan bahawa ketuhar mikrogelombag banyak faedahnya.

______10____, terima kasih.


memilikinya
bijak
hangus
hakim
Sekian
mikrogelombang
haba
moden
perdebatan
lazat

No comments:

Post a Comment