Thursday 12 March 2015

Latihan Penulisan 8 : Peristiwa Sedih yang Tidak Dapat Dilupakan

 Soalan  : SETIAP ORANG MEMPUNYAI PENGALAMAN SEDIH YANG TERSENDIRI. TULIS SEBUAH CERITA SEDIH YANG TIDAK DAPAT KAMU LUPAKAN.

Comel dan Kacak Kesayanganku

Semasa mengunjungi Melaka, saya berkesempatan melawat sebuah   zoo mini. Di sana terdapat kawasan pemeliharaan arnab. Arnab si situ sangat jinak. Saya mula tertarik untuk ______1_____ arnab di rumah.

Ayah membelikan saya sepasang arnab yang sangat comel. Arnab tersebut masih kecil, oleh itu memerlukan _______2_____ yang rapi. Saya namakan arnab berwarna putih Comel, manakala arnab hitam dinamakan Kacak. Comel dan Kacak sungguh jinak.

Comel dan Kacak ditempatkan dalam sebuah sangkar di halaman rumah. Setiap pagi sebelum ke sekolah saya akan memberikan makanan dan mimuman kepada arnab-arnab tersebut. Saya  begitu gembira melihat kedua-dua arnab itu _____3______ makanan.

Pada sebelah petang pula, saya akan melepaskan arnab tersebut berkeliaran di halaman rumah. Kami sekeluarga berasa begitu lucu melihat _____4_______ arnab tersebut _____5_____ dan berkejaran antara satu sama lain.

Entah macam mana, saya terlupa menutup pintu arnab kesayanganku itu. Ketika di sekolah, arnab tersebut telah keluar di halaman rumah. ___6________ tersebut telah dikejar oleh seekor kucing liar. Kucing itu telah ______7_____ dan _____8______ kedua-dua arnabku itu. Mujurlah jiranku berjaya mengusir kucing tersebut.

Sesampainya di rumah saya diberitahu hal tersebut. Alangkah terperanjantnya saya melihat bangkai Si Comel dan Kacak di halaman rumah. Ayah menanam _______9_____ arnab tersebut di tepi rumah. Walaupun ayah telah membelikan saya ___10____arnab yang baharu, namun peristiwa sedih tersebut tidak dapat saya lupakan.





melompat-lompat
penjagaan
menggigit
Arnab-arnab
menerkam
memelihara
berebut-rebut
arnab
gelagat
bangkai

No comments:

Post a Comment