Thursday 12 March 2015

Latihan Penulisan 10 : Cara-cara Menghargai Jasa Guru (Dialog)

 Soalan  : SEKOLAH KAMU AKAN MENGADAKAN SAMBUTAN HARI GURU. KAMU DAN RAKAN KAMU BERBUAL-BUAL TENTANG CARA-CARA MENGHARGAI JASA GURU. TULIS PERBUALAN ITU.

Menghargai Jasa Guru

Sementara mengunggu bas untuk pulang ke rumah, aku berbual-bual dengan rakan karibku Shikin tentang ____1____ hari guru yang akan kami sambut pada minggu hadapan.


Shikin
Nora, kamu buat apa tu?

Nora
Oh, Shikin. Aku sedang ____2____ buku novel ni. Maaflah tak  perasan kamu datang.

Shikin
: Wah, tebalnya buku novel ni. Bolehkah kamu membacanya?

Nora
Sebenarnya, buku ni aku nak hadiahkan kepada Cikgu Rizal sempena hari guru akan datang. Ini sebagai tanda ____3___ aku kepada guru.
Shikin
Baguslah begitu. Memberi hadiah sempena hari guru merupakan salah  satu cara untuk  menunjukkan kita menghargai jasa guru. Selain memberi hadiah, banyak cara __4___ yang boleh kita amalkan.

Nora
Cara mudah? Bagaimana tu?
Shikin
Senyum. Tiada bayaran dikenakan. Senyum merupakan satu amalan yang   sangat baik. Kita   patut sentiasa tersenyum apabila ____5____ dengan   guru. Apaila kita senyum, pasti guru akan   membalas senyuman kita.
Nora
Betul tu. Sambil tersenyum, ____6_____ salam kepada guru. Ungkapan salam merupakan doa. Mendoakan ____7____ guru adalah satu hadiah  yang sangat bermakna.

Shikin
Kita juga wajar memberi perhatian semasa guru mengajar dalam kelas.  Memberi perhatian  semasa guru mengajar bukan sahaja menunjukkan  kita menghargai guru, malah cara terbaik untuk memahami pembelajaran  yang ____8___ oleh guru.
Nora
Aku setuju benar dengan apa yang kamu katakan tu Shikin. Banyak  perkara yang boleh kita  lakukan sebagai mengzahirkan penghargaan kita  kepada guru. Guru merupakan ibu __9__ kita di  sekolah. Mereka mendidik  kita tanpa mengira ___10___ dan keturunan.

Shikin
Eh bas dah sampailah, petang nanti ayah nak bawa aku ke kedai mencari hadiah sempena hari guru. Jumpa lagi minggu hadapan.

ungkapkanlah
kaum
membelek-belek
bertembung
diajar
kesejahteraan
mudah
smbutan
penghargaan
bapa


No comments:

Post a Comment