Thursday 12 March 2015

Latihan Penulisan 9 : Faedah Bersukan

Soalan  : BERSUKAN BANYAK FAEDAHNYA. TULISKAN SEBUAH KARANGAN TENTANG FAEDAH-FAEDAH BERSUKAN

Faedah Bersukan

Apakah yang dikatakan sebagai aktiviti bersukan? Bersukan merupakan aktiviti fizikal yang dilakukan pada ____1_____ tertentu. Bersukan banyak manfaatnya kepada manusia.

            Antara faedah bersukan ialah dapat menguatkan otot. Sekiranya seseorang itu sering melakukan senaman, ___2___ pada tubuh badannya akan menjadi kuat. Kekuatan otot akan meningkatkan keupayaan ____3_____ seseorang dan menjadikannya lebih cergas.

            Selain itu, masa yang terluang dapat ____4______ dengan aktiviti yang berfaedah. Daripada membiarkan masa yang terluang berlalu begitu sahaja, lebih baik dimanfaatkan dengan bersukan. Sama ada bersukan secara individu seperti berjoging, dan ______5______ atau bersukan secara kumpulan seperti bermain bola sepak, sepak takraw dan bola jaring.

            Melalui kegiatan sukan, kita juga boleh menambah kenalan dan mengeratkan tali persahabatan. Perlawanan yang dianjurkan dalam satu-satu perlawanan akan memperkenalkan kita kepada rakan baharu. Di samping bersaing untuk meraih kemenangan, tali persahabatan dan semangat _____6_____ dapat diwujudkan.

            Murid-murid yang aktif dalam bidang sukan biasanya akan memperolehi _____7______ dan pengiktirafan. Sijil dan _______8_______ ini sangat berguna terutama bagi murid yang mahu melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama penuh. Semakin _____9___ tahap penglibatan dalam bidang sukan, semakin cerahlan peluang untuk ke sekolah berasrama.

            Intihalnya sukan sangat banyak faedahnya kepada murid-murid. Oleh yang demikian manfaatkanlah masa dengan memilih ____10____ yang sesuai.





   sukan
diisi
fizikal
berpasukan
sijil
pengiktirafan
masa-masa
otot
berbasikal
tinggi

No comments:

Post a Comment