Monday, 6 April 2015

Latihan Penulisan 20 : Menyambung cerita

SOALAN “Keputusan ujianku amat mengecewakan. Aku berasa malu untuk menunjukkan keputusan itu kepada ayah dan ibu. Namun …”

Mulakan cerita kamu dengan “Namun…”

Namun aku tiada pilihan, mahu tidak mahu keputusan itu mesti ditunjukkan juga. Apatah lagi ibu bapa wajib menandatangani pengesahan di bahagian bawah slip ____1____ tersebut.

Dalam keadaan yang _____2_____ aku menghampiri kedua-dua ayah dan ibuku di ruang tamu. Mereka sedang menikmati minum petang sambil ______3_____ akhbar harian. Aku menyapa mereka dengan penuh hormat lalu menghulurkan slip keputusan tersebut.

Ayahku mengambil slip keputusan itu lantas mengamatinya dengan tenang. Ibu tidak berkata ___4__, dia hanya mengjeling ke arahku. Aku semakin bimbang. Aku bertekad untuk menerima apa sahaja hukuman yang bakal diberikan.

Telahanku ____5_____ sama sekali. Dengan nada yang lembut ayah _____6_____ kepalaku seraya memberikan nasihat. Nasihat itu merupakan nasihat yang _____7____ diberikan kepadaku. Ayah mengatakan, jika mahu berjaya, aku perlu membuang sifat malas dan _____8______ dalam pelajaran.

Mulai saat itu aku tidak lagi membuang masa dengan hanya bermain permainan komputer, itulah penyebab aku leka dalam pelajaran. Aku mengikuti kumpulan perbincangan bersama ____9_____ sekelasku yang tinggal berhampiran. Kami mengadakan perbincangan dari rumah ke rumah. Malah ibu bapa kami turut memberi bantuan jika diperlukan.

Setelah beberapa bulan, aku ____10____ peperiksaan percubaan UPSR. Ternyata keputusanku semakin baik, aku sudah berjaya memperolehi 3A2B. aku sangat yakin UPSR nanti 5A akan menjadi milikku.

menduduki
apa-apa
rakan-rakan
keputusan
meleset
berulang-ulang
bersungguh-sungguh
terketar-ketar
membelek-belek
mengusap-usap


No comments:

Post a Comment