Friday 10 April 2015

Latihan Penulisan 22 : Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah (catatan)

SOALAN : Sekolah kamu baharu sahaja mengadakan majlis perlantikan pengawas. Tulis catatan majlis tersebut selengkapnya.

CATATAN MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH

Isnin, 10 April 201_

7.40 pagi
Loceng ___1__ menandakan sesi persekolahan bermula. Semua pelajar berkumpul di dataran kejat mengikut kelas masing-masing. __2__ Solehah, guru bertugas mingguan memulakan perhimpunan dengan nyanyian lagu-lagu rasmi.

8.20 pagi
Yang Berbahagia Dato’ Seri Haji Talib, Yang Dipertua PIBG sekolah tiba dengan diiringi paluan ___3___. Serentak dengan itu Pengerusi Majlis mengalu-alukan __4__ beliau. Pasukan pancaragam sekolah memulakan acara pembukaan dengan mempersembahkan beberapa rangkaian lagu.

8.45 pagi
Puan Hajah Zainab Bt Hashim, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Makmur menyampaikan ___5___ alu-aluan. Beliau __6__ semoga para pengawas yang dilantik akan menjadi contoh kepada semua pelajar.

9.00 pagi
Majlis perasmian perlantikan pengawas disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Seri Haji Talib. Beliau ___7___ gong sebanyak 7 kali menandakan majlis ___8__ telah sempurna. Serentak dengan itu beliau telah menyarungkan jaket kepada 50 orang __9__ sekolah sebagai tanda mereka dilantik secara rasmi.

9.25 pagi
Para pengawas berbaris di hadapan pentas lalu __10___ ikrar kepimpinan dengan diketuai oleh Ahmad Harriz Bin Rizal, Ketua Pengawas Sekolah. Sejurus selepas itu yang Berbahagia Dato’ seri Talib berangkat meninggalkan majlis.


kompang
Puan
perasmian
kehadiran
memalu
berharap
melafazkan
dibunyikan
pengawas
ucapan

No comments:

Post a Comment