Friday 10 April 2015

Latihan Penulisan 24 : Karangan peribahasa - Bulat Air Kerana Pembetung, Bulat Manusia Kerana Muafakat

Soalan : Tulis sebuah karangan berdasarkan peribahasa “Bulat air Kerana Pembetung; Bulat Manusia Kerana Muafakat”

Bulat Air Kerana Pembetung Bulat Manusia Kerana Muafakat

Kampung Setia Permai seindah namanya. Aman, damai, tenteram, udaranya nyaman menyegarkan, panoramanya indah dan masyarakatnya ‘seperti _______1____. Mereka tidak pernah mentingkan diri sendiri “macam ____2___ yang  melepaskan pucuk masing-masing.”

Kali pertama aku ke kampung ini adalah pada penghujung tahun lalu. Aku mengikuti ___3___ penaku Azmal yang merupakan anak jati Kampung Setia Permai. Aku  tinggal bersama keluarganya kira-kira dua minggu.

Aku dapat menyaksikan para nelayan mengayuh sampan masing-masing. Mereka akan bertolak  dari jeti bersama-sama dan pulang juga____4____. Hasil yang diperoleh diumpulkan oleh koperasi yang mereka sendiri tubuhkah. Koperasi ini akan membayar hasil tangkapan dengan harga yang sangat memuaskan.

Kaum ibu pula akan menghabiskan masa di persisiran pantai mencari kepah dan remis. Di samping itu mereka juga mengusahakan ikan __5___ dan keropok. Sekali lagi koperasi yang mereka tubuhkan itu akan mengumpulkan hasil dan memasarkannya ke bandar.

Perkara yang paling menarik hatiku ialah, pihak koperasi menyediakan pakej inap desa kepada ____6____ yang berminat. Pelancong akan berada selama 3 hari 2 malam bersama keluarga angkat masing-masing. Meraka diberi peluang untuk merasai kehidupan di kampung nelayan.

Sepanjang aku berada di sana, tidak pernah aku melihat adanya unsur kebencian dalam kalangan mereka. Mereka hidup ___7___ tetapi bahu-membahu dan saling bertolongan antara satu sama lain. Benarlah ungkapan ___8____ Melayu “bulat air kerana pembetung; bulat manusia kerana muafakat”.


enau dalam belukar
masin
peribahasa
bersama-sama
aur dengan tebing
sederhana
sahabat
Pelancong

No comments:

Post a Comment