Thursday, 16 April 2015

Latihan Penulisan 32; Melengkepkan cerita (Imaginasi)

SOALAN : Aku sedang beristirahat di pangkal sepohon pokok. Aku ternampak sesuatu yang berkilau di hadapanku. Aku menghampirinya. Dengan tidak semena-mena………..

Mulakan karangan kamu dengan  “Dengan tidak semena-mena…….”

Perjalanan Ke Planet Wahidi

Dengan tidak semena-mena pandangan mataku menjadi __1___. Aku tidak dapat melihat apa-apa. Apabila aku membuka mataku, aku telah berada di sebuah temat yang sangat asing.

Suhu di tempat itu begitu nyaman sekali. Tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas. Aku dapat melihat pepohon menghijau saujana mata memandang. Pohon-pohon itu mengeluarkan bunga dan buah yang pelbagai bentuk dan warna. Aku boleh menghidu ___2___ daripada pohon-pohon itu.

Sedang asyik memandang, aku ditegur oleh satu suara. Apabila ___3____ aku mendapati ada sekumpulan kanak-kanak di belakangku. Mereka _____4_____ diri mereka sebagai Saif, Walid, Kahfi dan Hiraq. Mereka membawa aku ke sebuah penempatan. Di sana aku dapat merasakan kedamaian.

Abi Thariq merupakan ketua di situ. Beliau memberitahuku bahawa aku berada di sebuah ___5___ yang bernama Planet Wahidi. Planet Wahidi terletak dalam sistem ___6___ sama seperti bumi, tetapi tidak pernah diketahui kewujudannya.

Aku berkenal-kenalan dengan para penduduk di planet tersebut. Mereka sangat ramah dan baik hati. Aku dilayan seperti putera raja. Untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain aku dibawa menunggang sejenis kuda yang mempunyai sepasang ____7___. Kuda itu bergerak dengan pantas seperti ___8___.

Setelah agak lama aku di sana, aku meminta izin daripada Abi Tariq untuk pulang. Aku tidak mahu ibu risau. Sebaik sahaja aku menyampaikan ___9___ itu, aku terus pengsan. Apabila aku tersedar aku sudahpun berada di rumah. Aku tidak tahu sama ada kejadian itu mimpi atau _10___.


memperkenalkan
kilat
berpaling
suria
hajatku
realiti
planet
aroma
kepak
kabur

No comments:

Post a Comment