SOALAN : Ketika bersiar-siar di kawasan perumahan, kamu
ternampak satu kebakaran. Ceritakan tindakan kamu selanjutnya.
Petang itu aku menunggang basikal
bersendirian sekitar kawasan perumahan tempat tinggalku. Aku ternampak asap _____1_____
di udara. Aku segera menuju ke arah asap itu untuk mengetahui kejadian sebenar.
Rupa-rupanya ada sebuah rumah terbakar. Rumah itu ialah rumah rakanku, Zubair.
Aku mendapati para penduduk kampung saling
membantu ____2_____ kebakaran tersebut. Apa lagi, akupun turut serta dengan
memadam kebakaran itu dengan menggunakan air dari dalam _____3____. Tetapi api
sangat marak.
Aku segera menuju ke pondok telefon lalu
menghubungi talian 999. Aku memaklumkan kepada operator tentang kejadian
kebaran itu. _____4_____ itu menghubungkan aku dengan Jabatan Bomba. Aku ___5______
tentang kejadian kebakaran itu kepada pegawai bomba yang menerima panggilan.
Mereka akan datang dengan kadar segera.
Di satu sudut, aku ternampak seorang
wanita duduk _____6____ sambil menangis ___7_____. Aku menghampiri wanita itu. ______8_____
itu ialah Mak Cik Siti, ibu Zubair. Dia begitu sugul dan sedih. Aku memujuk Mak
Cik Siti agar bersabar terhadap musibah yang telah menimpanya. Aku memeluknya
dengan erat.
Lima belas minit kemudian, bomba pun tiba.
Pasukan bomba berusaha _____9____ memadamkan api yang membakar rumah Mak Cik
Siti. Tetapi malang, kerana api yang menjilat rumah papan itu sukar untuk
dikawal. Aku terus ______10____ Mak Cik Siti agar bersabar, malah aku mengajak
Mak Cik Siti dan keluarganya menumpang di rumahku.
Di rumah, aku mencadangkan kepada ibu
bapaku dan penduduk kampung agar ___11____ kutipan ____12____ untuk meringankan
beban Mak Cik Siti dan keluarganya. Syukurlah cadanganku diterima dan
disegerakan. Aku berasa sangat bangga kerana telah membantu orang dalam kesusahan.
kilat
|
baldi
|
Operator
|
diadakan
|
bertenggong
|
menjelaskan
|
bermati-matian
|
berkepul-kepul
|
teresak-esak
|
Rupa-rupanya
|
memujuk
|
memadamkan
|
No comments:
Post a Comment