Thursday, 16 April 2015

Latihan Penulisan 34; Cara-cara Menjadi Pelajar Cemerlang

SOALAN : Tulis sebuah karangan tentang cara-cara menjadi pelajar cemerlang.

Semua murid mahu menjadi pelajar cemerlang. Namun begitu tidak semua murid boleh menjadi cemerlang jika mereka tidak mengetahui ____________ untuk mendapatkannya.

Untuk menjadi pelajar cemerlang, kita hendaklah mendengar nasihat guru dan ibu bapa. Setiap kali guru dan ibu bapa menegur atau __________ kita, tentulah mereka mempunyai sebab dan ___________ yang tertentu. Sebagai murid dan anak yang baik, patuhilah dan ikutilah nasihat mereka.

Semasa belajar, kita hendaklah memberikan perhatian yang sepenuhnya kepada guru. Dengar apa yang diajar oleh guru, elakkan ________ kosong, mengganggu rakan, bermain-main dan berangan-angan. Sekiranya kita mendengar dengan baik apa yang guru ajar sudah tentu kita boleh menyiapkan semua tugasan dan menjawab soalan yang ____________ dalam ujian.

Selain itu, setiap kali sebelum datang sekolah, ambillah sarapan. Sarapan sangat penting dalam membekalkan tenaga kepada para pelajar. Jika perut kosong sudah tentulah seseorang murid itu tidak mempunyai ___________ untuk memberikan perhatian semasa belajar. Oleh yang ________, pastikan bersarapan sebelum menjejakkan kaki ke pintu sekolah.

Sebagai pelajar, sudah tentulah kita akan diberikan kerja sekolah atau kerja _________ untuk diselesaikan di rumah. Kerja rumah merupakan perkara yang sangt penting dalam menentukan sama ada kita faham atau tidak ________ pembelajaran pada hari tersebut. Justeru, siapkanlah semua kerja rumah tepat pada masanya. Sekiranya tidak faham sesuatu kerja, segeralah bertanyakan ibu bapa atau orang dewasa untuk membantu.

Kecemerlangan tidak _________ sendiri, sebaliknya kita perlu berusaha mendapatkannya. Dengan cara ini, sudah tentulah kita akan menjadi pelajar yang cemerlang.



cara-cara  
berbual 
demikian 
  menasihati
keupayaan 
alasan 
datang 
  dikemukakan
sesi 
tambahan  

No comments:

Post a Comment