Monday 6 April 2015

Latihan Penulisan 21 : Ucapan terima kasih kerana memberikan sumbangan (Surat kiriman rasmi)

Soalan 2.         Kamu telah menerima bantuan persekolahan daripada Persatuan Ibu Bapa Dan Guru. Tulis surat ucapan terima kasih kepada PIBG kerana memberi bantuan persekolahan tersebut.

12A, Kampung Kenanga,
31300 Simpang Pulai,
Perak
______________________________________________________________________

Yang Dipertua,
Persatuan Ibu Bapa Dan Guru,
Sekolah Kebangsaan Anjung Rahmat,
31300 Simpang Pulai                                                                                  2 April 2014

Tuan,

Terima Kasih Kerana Memberikan Bantuan Persekolahan

Merujuk kepada ___1___ di atas, saya Izzuddin Bin Qadri dari tahun 6 Semarak merakamkan ___2___ terima kasih kepada pihak tuan kerana telah memberikan bantuan persekolahan kepada saya.

2. Bantuan persekolahan berjumlah RM300.00 yang diberikan dalam satu majlis pada minggu lalu ___3___ besar ertinya untuk saya seisi keluarga. Saya amat bersyukur dan ___4____ menerima bantuan tersebut, apatah lagi saya telah ____5_____ tempat bergantung dan hanya tinggal bersama ibu dan dua orang adik.

3. Wang bantuan yang ____6_____ itu akan digunakan untuk membeli ____7____ persekolahan saya dan adik-adik. Di samping itu saya akan membeli buku-buku rujukan kerana saya akan menduduki UPSR pada tahun ini.

4. Sekali lagi, saya ____8_____ jutaan terima kasih kepada pihak PIBG yang telah memberikan bantuan persekolahan kepada saya.

Sekian, terima kasih.

Yang benar
 Izzuddin

(  IZZUDDIN BIN QADRI )


jutaan
keperluan
merakamkan
amat
perkara
teruja
disumbangkan
kehilangan

No comments:

Post a Comment