SOALAN : Sekolah
kamu telah mengadakan majlis pelancaran sambutan bulan kemerdekaan. Gambarkan
suasana sambutan tersebut.
Kemeriahan Sambutan Bulan
Kebangsaan
Dataran Bersatu, Sekolah
Kebangsaan Taman Bersatu menjadi meriah dengan ____1____ bendera Jalur Gemilang
dan bendera negeri-negeri dalam Malaysia. Semua guru dan murid-murid berhimpun
bagi memeriahkan pelancaran bulan kebangsaan peringkat sekolah.
Guru-guru dan murid
memakai pakaian kebangsaan yang _____2______. Ada juga yang memakai pakaian _____3____
ragam yang menunjukkan keharmonian pelbagai kaum dan budaya di Malaysia.
Masing-masing memegang bendera Jalur Gemilang.
Majlis pagi itu dimulakan
dengan bacaan doa yang diketuai oleh Ustaz Ridhauddin Bin Isa, diikuti nyanyian
lagu-lagu rasmi dan ikrar Rukun Negara. Perhimpunan ___4______ dengan ucapan
guru besar. Beliau mengingatkan murid-murid agar menghayati nilai kemerdekaan.
Sebaik sahaja menamatkan
ucapannya, sekumpulan pelajar lelaki menunggang basikal mengelilingi sekolah.
Mereka memakai pakaian ___5____ tahun 50-an sambil mengibarkan bendera. ___6_____
tersebut merupakan gambaran bagaimana para pemuda tahun 50-an berjuang menuntut
kemerdekaan daripada _______7____ Inggeris.
Guru besar menyambut
bendera yang dibawa oleh murid-murid tadi. Serentak dengan itu laungan merdeka ____8______
sebanyak tiga kali oleh En Zailan Bin Khalid, Penolong Kanan Pentadbiran sekolah.
Semua warga sekolah menyambut laungan tersebut dengan penuh semangat.
Sebelum mengakhiri
perhimpunan, lagu-lagu ____9_____ dinyanyikan bersama-sama. Kami bersedia untuk
menyertai pelbagai acara dan pertandingan yang dijalankan sepanjang ____10___
bulan kebangsaan peringkat sekolah tahun ini.
penjajah
|
Gimik
|
berwarna-warni
|
kibaran
|
diteruskan
|
beraneka
|
patriotik
|
ala
|
dilaungkan
|
kempen
|
No comments:
Post a Comment