SOALAN :
Sekolah kamu telah mengadakan hari kantin. Selaku Setiausaha, tulis satu
laporan lengkap tentang hari kantin tersebut.
Laporan
Hari Kantin Sekolah Kebangsaan Taman Indah
Pada 17 April yang lalu,
Sekolah Kebangsaan Taman Indah telah mengadakan Hari Kantin. Program yang _____1_____
oleh Persatuan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan Kemahiran
Hidup berlangsung pada pukul 8.00 pagi hingga 4.00 petang.
Tujuan utama Hari Kantin adalah
untuk mengisi tabung persatuan-persatuan yang terlibat di samping mendapatkan
wang bagi membeli buku-buku untuk ______2______bacaan setiap kelas.
Hari Kantin _____3_____oleh
Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Program ini dihadiri oleh orang
ramai yang tinggal di Taman Indah dan kawasan sekitarnya. Turut hadir pada hari
tersebut ialah Pengerusi Penduduk Taman Indah. Terlebih dahulu guru-guru ______4_____
bermesyuarat untuk _______5______ barang-barang yang akan dijual. Semua ahli
persatuan yang terlibat menghias gerai masing-masing sehari sebelum Hari
Kantin. Gerai-gerai ini terletak di kantin berhampiran dengan bengkel Kemahiran
Hidup.
Pada Hari Kantin tersebut, ada
yang menjual nasi lemak, kuih-muih, mi goreng, aiskrim, buah-buahan, minuman
dan cenderamata. Orang ramai mengunjungi gerai-gerai yang ada untuk membeli barang-barang
yang diingini. Kehadiran orang ramai ________6_______ lagi kemeriahan Hari
Kantin tersebut.
Aktiviti sampingan seperti
pertandingan melukis dan mewarna turut diadakan. Selain itu, persembahan
nyanyian, pakaian ______7_____ serta tayangan gambar telah diadakan di dewan
sekolah. Persembahan tersebut amat menggembirakan para pengunjung. Hari yang
cerah membolehkan semua aktiviti berjalan dengan lancar walaupun pada mulanya cuaca
______8_____ redup .
Guru Besar berhasrat untuk
meneruskan program ini pada tahun hadapan. Hal ini demikian, kerana sambutannya
_____9_____ menggalakkan serta program ini berjaya mencapai matlamat yang
ditetapkan.
Laporan disediakan oleh, 22
APRIL 2O___.
haslinda
(HASLINA BINTI MOHAMAD)
_________10________,
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Taman Indah.
amat
|
sudut
|
beragam
|
Setiausaha
|
menentukan
|
penasihat
|
menambahkan
|
disertai
|
dirasmikan
|
agak
|
No comments:
Post a Comment