Monday 19 February 2018

Latihan Penulisan 68 : Cerita ( Majlis perkahwinan)


Soalan : Kamu telah berkesempatan ke satu majlis perkahwinan. Ceritakan tentang majlis perkahwinan tersebut.

10 Disember 2017 merupakan tarikh yang paling (1) untukku. Pada tarikh tersebut sepupuku telah melangsungkan perkahwinannya. Sepupuku bernama Abdullah Yassin manakala isterinya bernama Salsabila.

          Majlis perkahwinan itu diadakan di Dewan Orang Ramai Taman Muhibbah, Chemor, Perak. Sekitar dewan didirikan khemah serta (2) yang cantik. Selain daripada khemah untuk (3) tetamu, terdapat juga khemah khas yang digunakan untuk menyediakan gerai-gerai makanan.

          Gerai-gerai makanan didirikan berkonsepkan (4). Para pengunjung bebas untuk memilih (5) kegemaran mereka. Ada gerai nasi, sate, kuih-muih, mi, rojak, ais batu campur,  laksa dan macam-macam lagi. Aku sendiri mengulang ke gerai ais krim beberapa kali.

          Suasana menjadi riuh seketika apabila segerombolan pasukan tentera berpakaian putih membuat perbarisan. Mereka memainkan lagu (6) angkatan tentera. Baru kutahu bahawa sepupuku itu ialah seorang pegawai tinggi Tentera Udara Di Raja Malaysia. Dia dan isterinya berjalan di bawah silangan pedang dengan (7) pengantin berwarna putih.

          Mereka duduk sebentar di bawah khemah khas untuk menyaksikan persembahan (8) daripada beberapa pasang (9). Persembahan silat itu diiringi paluan gendang dan serunai. Inilah kali pertama aku melihat gabungan perbarisan tentera dan silat pulut dalam majlis perkahwinan.

          Kaum keluarga dan sahabat handai mengambil peluang bergambar bersama pasangan pengantin. Aku turut mengambil kesempatan bergambar dengan sepupuku yang menjadi raja sehari. Mereka sangat (10) dan sepadan bagai pinang dibelah dua.



bazar
istiadat
bermakna
pesilat
silat pulut
busana
menempatkan
juadah
hiasan
secocok

No comments:

Post a Comment