Sunday 22 August 2021

TUGASAN PDPR MELALUI E-MEL (Putera Rayyan)


Nama Putra Rayyan Amsyar Bin Kherwanfelani 

kelas 6 Seroja.

Kebaikan yang dapat diperoleh daripada aktiviti yang dicadangkan ialah dapat memupuk kesepaduan sosial dalam kalangan murid yang berbilang bangsa, etnik, budaya dan agama.

Hubungan perpaduan dapat dieratkan melalui aktiviti sukan dan permainan, aktiviti perayaan, perhimpunan, aktiviti perkhemahan dan lawatan.

Sebagai contoh, kita boleh melakukan aktiviti sukan tradisional seperti, sepak raga, congkak, batu seremban, gasing dan pelbagai permainan tradisional lain.

Permainan seperti bola sepak, badminton, bola baling dan pelbagai lagi dapat memupuk kesepakatan antara rakan pasukan dan rakan-rakan sepermainan.

Seterusnya, aktiviti perayaan dan perhimpunan seperti majlis kenduri, rumah terbuka, majlis perasmian dapat mengeratkan perpaduan rakyat Malaysia.

Selain itu, aktiviti perkhemahan dan lawatan juga akan mewujudkan rasa hormat antara satu sama lain. Ini kerana aktiviti ini dapat membuat kita sentiasa dihormati oleh orang yang kita selalu melawat ke rumah mereka.

Oleh itu, kita perlu sentiasa mengamalkan nilai perpaduan sebagai faktor keamanan negara ini.

No comments:

Post a Comment