Sunday 22 August 2021

Bagai Menatang Minyak yang Penuh : Hannah Faqihah

 

Kredit gambar http://www.sabah.edu.my/skpmtdon/pnp/unit02/index.htm

"Nama saya Hannah Faqihah Binti Fakhrurrozi. Saya berumur 12 tahun. Saya nak menceritakan tentang ibu dan ayah saya. Saya mempunyai lima orang adik-beradik termasuk saya.

      Ibu dan ayah selalu menjaga saya dan adik-beradik saya dengan baik. Mereka tidak pernah membiarkan anak mereka kelaparan. Ibu dan ayah selalu menjaga kami dengan baik.

      Ibu sentiasa menjadi yang terbaik. Ibu akan memasak jika saya lapar. Banyak benda yang selalu ibu lakukan untuk kami seperti membasuh baju, menolong kami membuat kerja yang diberi guru, membeli barang dapur untuk memasak. Saya sungguh suka mengikut ibu untuk pergi membeli barang keperluan rumah.

      Ayah pula selalu mencari duit untuk kami agar tidak kelaparan kerana tidak ada barang untuk dimasak, ayah yang memberi ibu duit untuk membeli barang dapur, ayah yang selalu memberi duit kepada ibu untuk membeli barang sekolah untuk kami. Ayah sungguh hebat.

      Suatu hari nanti, saya hendak membalas jasa mereka, ibu dan ayah saya, saya akan belajar rajin-rajin supaya saya boleh membalas jasa mereka. Sungguh banyak benda ibu dan ayah bagi kepada saya dan adik-beradik saya.

      Saya harap apabila saya sudah dewasa nanti, saya boleh menjadi seperti ayah dan ibu.Mereka sungguh hebat. Tiada apa yang boleh menggantikan mereka. Mereka menyayangi saya dan adik beradik saya seperti menatang minyak yang penuh."

No comments:

Post a Comment