Sunday 22 August 2021

Bagai Menatang Minyak yang Penuh : Iqbal Nafis

 "Encik Hakimi mempunyai seorang anak yang bernama Hafiz. Hafiz adalah seorang budak yang sangat nakal. Semakin hari, semakin banyak masalah yang dibuat oleh Hafiz.

    Pada tahun hadapan, Hafiz akan berumur 13 dan memasuki sekolah menengah. Encik Hakimi bercadang untuk memasukkan Hafiz ke asrama penuh. 

    Apabila dia dimasukkan ke asrama, dia sering mendapat markah yang rendah dan diklasifikasikan sebagai pelajar tercorot. Apabila ditanya mengapa Hafiz mendapat markah yang rendah, dia berkata yang ayahnya sering bekerja dan kurang meluangkan masa bersama dengan Hafiz. 

     Encik Hakimi sedar bahawa dia kurang meluangkan masa bersama Hafiz. Selepas kejadian itu, Hafiz berjaya mendapat markah yang tinggi dan dalam masa yang sama, Hafiz juga dapat meluangkan masa bersama ayahnya. Encik Hakimi sedar yang dia perlu mendidik anaknya seperti menatang minyak yang penuh."

Cerita oleh Mohd Iqbal Nafis 6 Seroja.

No comments:

Post a Comment