Tuesday 17 August 2021

TUGASAN PDPR MELALUI E-MEL ( Syazwana Uzma )

 


Syazwana Uzma bt Shamsul Faizal dari kelas 6 Seroja.

Pada pandangan saya,banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sekolah dalam usaha memupuk perpaduan.

Antaranya ialah, melalui aktiviti sukan. Banyak aktiviti sukan yang boleh disertai oleh murid pelbagai kaum seperti badminton, hoki, bola baling dan sebagainya. Aktiviti ini dapat memupuk sifat bekerjasama dan bertolak ansur dalam diri murid. Seterusnya, kita boleh mengeratkan hubungan kemanusiaan dengan menolong rakan dan guru yang dalam kesusahan atau kesulitan.

Akhir sekali, kita perlulah mengambil kira tentang perpaduan. Dengan adanya perpaduan, negara kita aman sejahtera. Rakyat dapat bekerja dan mencari rezeki dengan selesa. 


No comments:

Post a Comment