Sunday 22 August 2021

Bagai Menatang Minyak yang Penuh : Aien Khalisya

         


Bagai menatang minyak yang penuh bermaksud menjaga serta menyayangi anak dengan penuh kasih sayang. Kita semua merupakan anak emas ibu bapa kita. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka sungguh sayang akan kita. 

Mereka selalu menjaga kita dengan penuh kasih sayang dan masih menyayangi kita walaupun telah melakukan banyak kesalahan. Mereka telah menjaga kita seperti bagai menatang minyak yang penuh. 

Selain itu, ibu bapa kita lebih berpengalaman dan tahu cara menyelesaikan masalah. Mereka lebih banyak makan garam. 

Oleh sebab itu, kita mestilah ingat bahawa merekalah yang telah menjaga kita sejak kecil dengan penuh kasih sayang dan belaian manja agar kita menjadi manusia yang berguna suatu hari nanti.

Kesimpulannya, kita sebagai seorang anak mestilah menjadi anak yang patuh dan bertanggungjawab terhadap ibu bapa sehingga akhir hayat mereka kerana anak yang soleh dan solehah dambaan setiap ibu bapa.

NURUL AIEN KHALIESYA BT ADNAN

6 Seroja

No comments:

Post a Comment