Thursday 19 August 2021

TUGASAN PDPR MELALUI E-MEL ( Putera Imran )

 


Nama : Putera Imran Naufal Bin Muzaimey 

Tahun : 6 Seroja

Pada pendapat saya pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sekolah dalam usaha memupuk perpaduan. di kalangan pelajar dan guru-guru. 

Aktiviti perbincangan di dalam kelas adalah salah satu cara untuk kita memupuk perpaduan. Guru-guru perlu memastikan setiap kumpulan dianggotai oleh murid-murid berbilang kaum. Melalui aktiviti berkumpulan ini murid-murid akan belajar nilai kerjasama , tolong menolong , hormat-menghormati dalam usaha menyiapkan tugasan yang diberi.

Selain itu,bersukan juga dapat memupuk perpaduan. Aktiviti bersukan dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan pada masa yang sama menerapkan disiplin dan integriti dalam kalangan pelajar. 

Guru-guru dan para pelajar memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan perpaduan di sekolah . Namun , kerjasama daripada pihak yang lain juga perlu dalam merealisasikan perpaduan ini .

No comments:

Post a Comment