CARA-CARA MENCEGAH PEMBIAKAN NYAMUK AEDES.
Nyamuk Aedes ialah sejenis nyamuk yang sangat digeruni oleh manusia. Nyamuk ini boleh menyebabkan penyakit demam denggi. Demam denggi sangat berbahaya kerana boleh membawa ( 1 ).
Nyamuk Aedes boleh dikenali melalui ( 2 ) hitam dan putih pada badan dan kakinya. Disebabklan nyamuk Aedes sangat bahaya, kita hendaklah berusaha untuk mencegah pembiakannya. Langkah-langkah pencegahan hendaklah dilakukan di rumah masing-masing terlebih ( 3 ) .
Antara cara berkesan untuk mencegah pembiakan nyamuk ialah dengan menghapuskan jentik-jentik. Jentik-jentik merupakan anak nyamuk yang ( 4 ) dalam air. Oleh yang demikian gunakan ubat pembasmi jentik-jentik di dalam bekas bertakung seperti ( 5 ), tempayan dan besen.
Selain itu, kita hendaklah sentiasa memastikan tiada sampah-sarap yang mengandungi bekas yang boleh menakung air di sekitar kediaman. Kerja-kerja pembersihan persekitaran rumah wajar dilakukan seminggu ( 6 ) bersama ahli keluarga. Bekas plastik, botol atau apa juga bekas yang boleh menakung air hendaklah dibersihkan ( 7 ) .
Seterusnya, pastikan pintu dan tingkap di rumah ditutup terutama pada watku awal pagi dan segera ( 8 ). Waktu-waktu inilah nyamuk Aedes aktif mencari mangsa. Untuk lebih selamat lagi gunakan penyembur serangga di tempat-tempat tertentu seperti bawah katil, belakang ( 9 ) dan celah perabut yang merupakan tempat persembunyian nyamuk ini.
Dengan cara ini kita bukan sahaja boleh mencegah pembiakan nyamuk Aedes, malah boleh menyelamatkan nyawa ( 10 ) tersayang.
sekali |
segera |
insan |
hidup |
belang |
langsir |
dahulu |
maut |
segera |
kolah |