Wednesday, 14 August 2024

PENULISAN 87. SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI KEPADA RAKAN TENTANG BERPINDAH RUMAH

 

 

111, Jalan Murni 22,


Taman Murni,

31400 Gopeng,

Perak Darul Ridzuan

15 Ogos 2024

Menemui () Ismail yang berada di Seremban, Negeri Sembilan. Saya doakan semoga saudara sihat bersama keluarga.

Saudara,

Seperti yang saudara maklumi, saya telah berpindah ke Gopeng, Perak beberapa bulan yang lalu. Hal ini kerana mengikuti ayah yang dinaikkan pangkat. Ayah saya dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pengarah cawangan syarikat tempat kerjanya di sini.

Dalam kesempatan ini, saya ingin menceritakan tentang tempat tinggal ( 2 ) saya. Kawasan perumahan yang saya diami terletak berhampiran kawasan perkelahan yang terkenal di Gopeng, Perak. Kawasan ini sangat damai dan tenteram kerana jauh daripada (  3 ) .

Untuk berkelah dan mandi-manda di (), saya hanya perlu berjalan kaki sahaja. Sungai Ulu yang merupakan tempat tumpuan perkelahan orang ramai hanya mengambil masa ( 5 ) 10 minit dari rumah saya. Oleh itu, saya dan keluarga sering ke sana pada waktu lapang.

Selain itu, di sini juga terdapat dusun () seperti durian, rambutan, manggis dan sebagainya. Ayah telah membeli sebuah dusun yang terletak berhampiran Sungai Ulu. Tetapi buat masa ini (  7 ) yang ditanam belum mengeluarkan hasil.

Pada cuti penggal persekolahan akan datang, ayah akan mengadakan majlis kesyukuran di rumah kami. Saya amat berharap agar saudara dapat bertandang ke rumah saya. Ajaklah ibu bapa dan () yang lain. Nanti kita boleh ( 9 ) di jeram Sungai Ulu bersama-sama.

Sampai di sini sahaja coretan daripada saya. Semoga kita akan berjumpa lagi dalam ( 10  ) yang akan datang.

Sahabatmu,

                                                                                                                        Ahmad mustaffa

( nama sendiri )

 

jeram

kira-kira

baharu

warkah

sahabatku

buah-buahan

pokok-pokok

bermandi-manda

adik-beradik

pusat bandar