Soalan : Sekolah kamu akan mengadakan kejohanan olahraga tahunan tidak berapa lama lagi. Tulis perbualan melibatkan dua orang murid tentang persediaan tersebut.
Rashid |
: |
Hai, Prakash! Awak buat apa tu? |
Prakash |
: |
Aku sedang membuat regangan untuk menguatkan ( 1 ) lengan. Tidak lama lagi sekolah kita akan mengadakan kejohanan olahraga tahunan. |
Rashid |
: |
Kuatkan otot lengan, kamu masuk acara apa Prakash? |
Prakash |
: |
Aku telah dipilih mewakili beberapa acara. Antara acara yang aku yakin menang ialah acara lontar peluru. Oleh itu aku perlu kuatkan otot lengan supaya dapat ( 2 ) rekod tahun lepas. Kamu pula masuk acara apa? |
Rashid |
: |
Aku terpilih dalam acara balapan. 100 meter, 200 meter dan 2 kali 200 meter. |
Prakash |
: |
Wah! Semuanya acara larian. Maklumlah kamu ni memang terkenal sebagai atlet utama sekolah. Sudah tentu kamu akan menang semua acara tersebut. |
Rashid |
: |
Kamu pun apa kurangnya, Prakash. Bukankah kamu telah mencipta rekod dalam acara lontar peluru tahun lepas. Johan tentu dalam tangan kamu. |
Prakash |
: |
Itu semua tak penting. Yang paling utama ialah kita perlu membuat persediaan dalam apa juga acara yang akan disertai nanti. |
Rashid |
: |
Betul tu, Prakash. Mulai sekarang semua murid perlu membuat latihan kecergasan untuk meningkatkan stamina masing-masing. Regangan mesti dilakukan dengan betul dan ( 3 ). Latihan yang kerap juga penting walaupun pernah bergelar juara. |
Prakash |
: |
Ya, Rashid. Kekerapan berlatih akan membantu kita untuk menguasai acara yang kita sertai. |
Rashid |
: |
Selain lontar peluru, kamu sertai acara apa lagi? |
Prakash |
: |
Sudah tentu acara tarik tali terbuka dan perbarisan rumah sukan. Aku mahu ( 4 ) kekalahan rumah sukanku tahun lalu. |
Rashid |
: |
Aku pun sama. Nanti kita ( 5 ) dalam kedua-dua acara tersebut. Aku pun mahu pastikan rumah sukanku menang. |
Prakash |
: |
Baiklah, Rashid. Mari kita ke padang. Rakan-rakan dan guru-guru rumah sukan sudah berkumpul di sana. |
bersaing |
memecahkan |
konsisten |
otot |
menebus |