SOALAN : Kamu telah mengikuti keluarga berkelah di sebuah pantai. Gambarkan suasana di pantai tersebut.
Aku telah mengikuti keluargaku berkelah di Pantai Teluk Nipah, Pulau Pangkor. Kedudukan pantai itu ( 1 ) di hadapan chalet yang kami sewa.
Di situ aku dapat melihat keindahan pantai yang sangat bersih. Terdapat juga pengunjung dari dalam dan luar negara. Para pengunjung melakukan pelbagai aktiviti sama ada secara bersendirian, ( 2 ) mahupun berkumpulan.
Tidak jauh daripada aku terdapat sebuah keluarga sedang menikmati hidangan dengan begitu ( 3 ) di bawah pokok ru. Mereka melapik juadah di atas ( 4 ) tikar. Ahli keluarga tersebut kelihatan sangat gembira.
Di gigi air pula, terdapat ramai ( 5 ) melakukan pelbagai aktiviti. Ada yang berenang dengan diawasi oleh orang dewasa. Ada juga yang bermain ( 6 ) menggunakan pistol dan senapang air yang besar.
Aku dapat mendengar jeritan daripada para pengunjung dengan begitu kuat apabila ombak menghempas pantai. ( 7 ) kegembiraan kerana pelampung yang digunakan terolang-oleng lalu terdampar di pantai. Apabila ombak( 8 ), mereka terjun semula ke laut.
Semakin lama, semakin ramai pengunjung yang datang ke pantai itu. Aku dan keluargaku mengambil kesempatan tersebut untuk ( 9 ) dan bermain ( 10 ).
berselera |
berpasangan |
kanak-kanak |
sebidang |
mandi-manda |
Jeritan |
tembak-tembak |
surut |
sepuas-puasnya |
betul-betul |