KEBAIKAN E-BUKU
E-buku ialah bahan bacaan yang diakses melalui ___________________________ televisyen pintar serta perkakasan elektronik lainnya. E-buku sangat banyak kebaikannya kepada manusia.
Antara kebaikan e-buku ialah, bahan bacaan ini boleh diakses di mana-mana sahaja. Kita boleh membaca buku-buku kegemaran tanpa had masa atau tempat. Ini kerana bahan bacaan tersebut ______________________________ masing-masing.
Selain itu, ___________________________________________. E-buku yang ada di pasaran dijual dengan harga yang jauh lebih murah, malah terdapat banyak bahan bacaan elektronik yang diberikan secara percuma. Pembaca hanya perlu mengakses laman sesawang tertentu sahaja untuk membacanya.
Terdapat juga e-buku yang disediakan secara pinjaman sama seperti perpustakaan sekolah. Para pembaca boleh memilih bahan bacaan dengan lebih mudah. Hanya mencatat tajuk _______________________________ melalui skrin.
Dengan adanya perpustakaan maya yang disediakan oleh pelbagai agensi seperti sekolah, universiti, pusat sumber dan syarikat pencetakan memudahkan kita memilih bahan bacaan yang sesuai. _________________________________. Jadi, mudahlah pembaca membuat pilihan.
Kesimpulannya, membaca e-buku amatlah memudahkan pembaca. Apa yang penting ialah gunakanlah perangkat elektronik dengan sebaik-baiknya.
|
Perpustakaan maya ini menyediakan tajuk-tajuk buku dalam rak maya mengikut kategori tertentu |
|
perangkat elektronik seperti telefon pintar, komputer, |
|
atau nama pengarang, pilihan e-buku akan terpapar |
|
tidak perlu dibawa, sebaliknya sudah ada dalam perangkat elektronik |
|
membaca e-buku lebih murah berbanding buku fizikal |