Tuesday, 13 May 2025

PENULISAN 91 : PENGALAMAN BERCUTI DI PUSAT PERANGINAN

 

SOALAN : Kamu telah mengikuti ibu bapa ke sebuah pusat peranginan. Ceritakan tentang pengalaman ke pusat peranginan tersebut.

Pulau Pinang merupakan antara tempat percutian yang sangat menarik pernah aku lawati.  Salah satu tempat    ( 1 ) yang telah aku lawati ialah Bukit Bendera.

Untuk ke Bukit Bendera, kami perlu menaiki kereta api khas. Kereta api berbentuk ( 2 ) bergerak laju menuju ke puncak bukit. Aku berasa sangat ( 3 ) melihat pemandangan sepanjang kereta api itu mendaki bukit. Memandangkan aku duduk di bahagian hadapan, maka aku dapat merakam pemandangan itu dengan jelas.

Sebaik sahaja sampai di atas bukit, aku dapat melihat pelbagai ( 4 ) pengunjung. Mereka terdiri daripada pelbagai negara. Ada dari negara ( 5), China, Arab, Jepun dan tidak kurang juga para pengunjung tempatan. Masing-masing memegang telefon pintar ( 6 ) gambar dan video.

Ayah membawa kami ke stesyen kereta bogi. Dengan ( 7 ) bogi kami dibawa bersiar-siar di pelbagai tempat di Bukit Bendera. Pemandu bogi tersebut berhenti beberapa minit di sebuah ( 8 ) untuk memberikan peluang kepada kami merakam gambar. Gambar dengan latar belakang laut dan bandar Pulau Pinang memang sangat mempesonakan.

Setelah itu, kami singgah ke sebuah kafe yang menjual kopi dan makanan. Kafe tersebut sangat terkenal dengan keenakan pelbagai jenis kopi. Bau ( 9 ) kopi dari Kafe Kopi Hutan itu sangat memukau. Sebagai ( 10) kopi, kami sekeluarga tidak lepaskan peluang menikmati keenakan kopi di situ.

Percutian kami di Bukit Bendera masih panjang. Banyak aktiviti yang kami lakukan di sana. Banyak juga tempat menarik yang kami lawati. Pada sebelah malam, kami (11) di sebuah hotel di Bukit Bendera sambil menikmati ( 12 ) alam yang sangat mengasyikkan.

 

aroma

panorama

penggemar

merakam

teruja

peranginan

pelantar

condong

Eropah

mengenderai

beristirahat

gelagat

 

No comments:

Post a Comment