Thursday, 4 September 2025

PENULISAN 93; JIRAN SAYA

 

JIRAN SAYA.

Saya ada beberapa orang jiran yang sangat peramah dan ( 1 ) . Salah satunya ialah keluarga Encik Goh atau lebih mesra dikenali sebagai Cikgu Goh.

Cikgu Goh dan keluarganya tinggal betul-betul di tepi rumah saya. Isterinya seorang ( 2 ) tangga bernama Puan Lim. Puan Lim mempunyai hobi yang sama dengan ibu saya iaitu menanam ( 3 ).

Mereka mempunyai dua orang ( 4 ) dan seorang anak perempuan. Anak lelaki mereka bernama Lam dan Meng, manakala ( 5 ) pula bernama Lin. Meng merupakan rakan satu sekolah dengan saya, malah kami belajar dalam kelas yang sama.

Cikgu Goh merupakan guru matapelajaran ( 6 ). Beliau sering membantu kakak dan abang saya dalam memahami matapelajaran yang dianggap sukar itu. Oleh itu, kakak dan abang selalu ke rumah beliau untuk belajar ( 7 ) berkenaan secara percuma.

Hubungan saya dengan Meng pula bagai isi ( 8 ). Kami bukan sahaja ke sekolah dengan menunggang basikal ( 9 ), malah kami juga selalu belajar bersama. Kami suka belajar di pondok yang dibina oleh Cikgu Goh di halaman rumahnya.

Saya berasa sangat gembira dan bahagia dapat berjiran dengan keluarga Cikgu Goh. Semoga hubungan seperti ini akan ( 10 ) dan diamalkan oleh semua kejiranan.


berkekalan

suri rumah

baik hati

matapelajaran

anak lelaki

dengan kuku

Matematik Tambahan

pokok bunga

bersama-sama

anak perempuan

 

No comments:

Post a Comment