Thursday, 2 April 2026

LATIHAN 100 (KARANGAN 15 AYAT) PENGALAMAN MENYAMBUT HARI RAYA DI KAMPUNG

 

TAJUK : PENGALAMAN MENYAMBUT HARI RAYA

 

        Sempena hari raya Aidilftri baru-baru ini, aku dan keluargaku telah pulang ke kampung. Hari raya pertama, kami ke kampung ayah di Taiping, Perak. Hari raya kedua pula ke kampung ibu di Kulim, Kedah.

 

Sehari sebelum hari raya, aku membantu datuk memasak lemang. Buluh lemang, ____________________________ di tepi rumah. Kami memasak lemang itu di bawah bangsal.

 

Sementara itu, di dapur, nenek memasak ketupat daun palas. Nenek dibantu oleh ibu, kakak dan sepupu-sepapatku yang lain. Lemang dan ketupat daun palas merupakan ___________ setiap kali menyambut hari raya di kampung.


Pagi-pagi hari raya, aku terpaksa beratur agak panjang untuk mandi. Maklumlah ramai adik-beradik sebelah ayah yang balik kampung untk sambut hari raya.  _____________________ untuk menunaikan solat Aidilfitri.


Setelah mengerjakan solat, ______________________ mesra dengan penduduk setempat. Aku, sepupu dan rakan-rakan di kampungku mengambil kesempatan menziarahi rumah penduduk sekitar. Sambil menikmati juadah aku dapat mengeratkan silaturam dengan mereka.

 

Setelah bersiap dengan baju sedondon hijau, kami ke masjid yang berdekatan

 daun pisang dan santan kepala diambil daripada pokok-pokok yang yang ditanam

 kami menjamu selera di kawasan lapang masjid sambil berbual-bual

 juadah istimewa yang menjadi menu utama

Wednesday, 4 March 2026

LATIHAN 99, KEBAIKAN E-BUKU

 

KEBAIKAN E-BUKU


E-buku ialah bahan bacaan yang diakses melalui ___________________________ televisyen pintar serta perkakasan elektronik lainnya. E-buku sangat banyak kebaikannya kepada manusia.


Antara kebaikan e-buku ialah, bahan bacaan ini boleh diakses di mana-mana sahaja. Kita boleh membaca buku-buku kegemaran tanpa had masa atau tempat. Ini kerana bahan bacaan tersebut ______________________________ masing-masing.


Selain itu, ___________________________________________. E-buku yang ada di pasaran dijual dengan harga yang jauh lebih murah, malah terdapat banyak bahan bacaan elektronik yang diberikan secara percuma. Pembaca hanya perlu mengakses laman sesawang tertentu sahaja untuk membacanya.


Terdapat juga e-buku yang disediakan secara pinjaman sama seperti perpustakaan sekolah. Para pembaca boleh memilih bahan bacaan dengan lebih mudah. Hanya mencatat tajuk _______________________________ melalui skrin.


Dengan adanya perpustakaan maya yang disediakan oleh pelbagai agensi seperti sekolah, universiti, pusat sumber dan syarikat pencetakan memudahkan kita memilih bahan bacaan yang sesuai. _________________________________. Jadi, mudahlah pembaca membuat pilihan.


Kesimpulannya, membaca e-buku amatlah memudahkan pembaca. Apa yang penting ialah gunakanlah perangkat elektronik dengan sebaik-baiknya.

 

Perpustakaan maya ini menyediakan tajuk-tajuk buku dalam rak maya mengikut kategori tertentu

perangkat elektronik seperti telefon pintar, komputer,

atau nama pengarang, pilihan e-buku akan terpapar

tidak perlu dibawa, sebaliknya sudah ada dalam perangkat elektronik

membaca e-buku lebih murah berbanding buku fizikal

 

Monday, 2 February 2026

LATIHAN PENULISAN 98 : KARANGAN 15 AYAT (HARI PERTAMA SEKOLAH)

 

HARI PERTAMA SEKOLAH

Arahan : Salin semula karangan di bawah dengan lengkap. Isi tempat kosong dengan ayat yang sesuai.

 

12 Januari 2025 merupakan hari pertama sesi persekolahan. Aku memang tidak sabar untuk ke sekolah untuk berjumpa rakan-rakan dan guru-guru. _________________________________

 

        Di pagar sekolah, kami disambut oleh guru-guru. ________________ murid-murid. Aku juga dapat melihat deretan kereta dan motorsikal yang berhenti di tepi jalan kerana menghantar anak-anak ke sekolah.

 

        Sebaik sahaja masuk ke dalam kawasan sekolah, aku mendapat sebatang pensel. Kata guruku, itu sebagai tanda penghargaan kerana aku hadir awal ke sekolah. Aku sangat gembira _______________.

 

        Di Dataran Perhimpunan, kami berbaris mengikut kelas masing-masing. Aku dapat melihat beberapa orang guru baharu berada di atas pentas. Tentu guru-guru ini bertukar menggantikan beberapa orang guru yang telah berpindah.

 

        Sebaik sahaja perhimpunan tamat, aku dan rakan-rakan sekelas naik ke tingkat dua. ______________ tentang aktiviti sepanjang cuti lalu. Perkara yang paling mengujakan ialah, aku dilantik sebagai Ketua Kelas.

 

Sebelum pukul 7:00 pagi aku sudah pun tiba di pagar sekolahku.

Kami saling bertegur sapa dan berkongsi cerita

Aku bersalam dengan guru-guru yang menyambut kehadiran

seraya mengucapkan terima kasih kepada cikgu.