HARI PERTAMA SEKOLAH
Arahan : Salin semula karangan di bawah dengan lengkap. Isi tempat kosong dengan ayat yang sesuai.
12 Januari 2025 merupakan hari pertama sesi persekolahan. Aku memang tidak sabar untuk ke sekolah untuk berjumpa rakan-rakan dan guru-guru. _________________________________
Di pagar sekolah, kami disambut oleh guru-guru. ________________ murid-murid. Aku juga dapat melihat deretan kereta dan motorsikal yang berhenti di tepi jalan kerana menghantar anak-anak ke sekolah.
Sebaik sahaja masuk ke dalam kawasan sekolah, aku mendapat sebatang pensel. Kata guruku, itu sebagai tanda penghargaan kerana aku hadir awal ke sekolah. Aku sangat gembira _______________.
Di Dataran Perhimpunan, kami berbaris mengikut kelas masing-masing. Aku dapat melihat beberapa orang guru baharu berada di atas pentas. Tentu guru-guru ini bertukar menggantikan beberapa orang guru yang telah berpindah.
Sebaik sahaja perhimpunan tamat, aku dan rakan-rakan sekelas naik ke tingkat dua. ______________ tentang aktiviti sepanjang cuti lalu. Perkara yang paling mengujakan ialah, aku dilantik sebagai Ketua Kelas.
|
Sebelum pukul 7:00 pagi aku sudah pun tiba di pagar sekolahku. |
|
Kami saling bertegur sapa dan berkongsi cerita |
|
Aku bersalam dengan guru-guru yang menyambut kehadiran |
|
seraya mengucapkan terima kasih kepada cikgu. |
No comments:
Post a Comment