SOALAN : Kamu telah terlibat dalam program gotong-royong mengindahkan kawasan kejiranan. Ceritakan tentang aktiviti tersebut.
Persatuan Penduduk ____(nama kawasan perumahan sendiri)_______ telah mengadakan satu aktiviti ( 1 ) mengindahkan kawasan perumahan kami. Aku dan keluargaku turut mengambil bahagian dalam ( 2 ) yang diadakan pada hari Ahad tersebut.
Kami diagihkan kepada beberapa kumpulan. Ada yang ditugaskan menyediakan makanan dan minuman, menanam pokok-pokok hiasan, membersihkan parit dan longkang dan sebagainya. Aktiviti ini telah mendapat kerjasama daripada ( 3 ).
Aku dan beberapa orang rakan sekelasku berada dalam kumpuan menanam pokok hiasan. Dari situ aku belajar ( 4 ) perkara tentang penanaman ( 5 ) hiasan. Ada pokok bunga, pokok renek, pokok menjalar dan pokok ( 6 ).
Antara pokok-pokok yang aku ( 7 ) ialah pokok puding, bunga raya, bidara, kenanga, cempaka dan mangga. Pokok-pokok ini akan menjadikan taman perumahan kami ceria dengan daun dan bunga yang ( 8 ). Pokok mangga pula boleh dipetik buahnya apabila cukup matang.
Aku juga memerhatikan gelagat penduduk yang ( 9 ) sambil menjalankan tugas ( 10 ) . Kawasan tepi padang yang sebelum ini semak kelihatan bersih. Begitu juga keadaan parit, longkang dan longgokan sampah sudah dibersihkan.
Gotong-royong tersebut mengambil masa ( 11 ) empat jam. Kami beristirahat sambil ( 12 ) dan menikmati jamuan yang ditaja oleh Persatuan Penduduk ____(nama kawasan perumahan sendiri)____. Aktiviti gotong-royong disambung semula pada keesokan harinya.
|
kira-kira |
bergotong-royong |
masing-masing |
berbual-bual |
berwarna-warni |
pokok-pokok |
|
beberapa |
penduduk-penduduk |
buah-buahan |
aktiviti |
tanam |
bergurau-senda |
No comments:
Post a Comment