Sunday, 12 October 2025

LATIHAN PENULISAN 96: LANGKAH-LANGKAH MENGERATKAN HUBUNGAN DENGAN JIRAN

 

LANGKAH-LANGKAH MENGERATKAN HUBUNGAN JIRAN

 

Jiran ialah orang yang tinggal berhampiran dengan tempat kediaman kita. Jiran sangat penting dalam kehidupan bermasyarakat. Oleh itu kita hendaklah __________________.

 

        Kita hendaklah saling bertegur sapa antara jiran. Sama ada jiran itu kita kenali, mahupun tidak dikenali. Lama-kelamaan hubungan kita _________________ .

 

        Seterusnya, ________________ atau hospital. Ketika menziarahi mereka bawalah buah tangan sebagai cenderamata. Dengan ini jiran kita akan lebih bersemangat.

 

        Selain itu, adakanlah aktiviti bergotong-royong. Bergotong-royong boleh merapatkan hubungan kejiranan. Di samping itu tempat kediaman ______________________.

 

        Kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa berusaha memupuk semangat kejiranan. Jiran sepakat, membawa berkat.

 

 berusaha merapatkan hubungan sesama jiran

 ziarahilah jiran yang uzur sama ada di rumah

 kita juga akan bersih dan selesa

 akan menjadi akrab

No comments:

Post a Comment