MENJAGA KESELAMATAN DI JALAN RAYA
Jalan raya digunakan oleh ramai pengguna pada setiap hari. Di jalan raya terdapat ____________________________ pejalan kaki. Oleh itu kita hendaklah sentiasa menjaga keselamatan di jalan raya.
Semua pengguna ________________________. Patuhilah lampu isyarat pada setiap masa. Apabila lampu berwarna merah, berhentilah. Jika peraturan ini dilanggar, kemalangan boleh berlaku.
Seterusnya, pejalan kaki yang menggunakan jalan raya hendaklah berjalan di siar kaki yang telah disediakan. _____________________ seperti jejantas atau lampu isyarat pejalan kaki. Dengan ini keselamatan akan lebih terjamin.
Bagi penunggang dan ____________________________. Selain itu pakailah baju pemantul cahaya. Hal ini akan membantu pengguna jalan raya lain nampak kelibat anda.
Kesimpulannya, setiap orang menggunakan jalan raya bertanggungjawab menjaga keselamatan diri. Jagalah keselamatan diri sendiri dan keselamatan orang lain.
jalan raya hendaklah mematuhi peraturan jalan raya |
Apabila mahu melintas jalan, gunakan laluan yang telah disediakan |
pelbagai jenis kenderaan seperti motorsikal, lori, kereta, basikal dan |
pembonceng motorsikal pula, anda diwajibkan memakai topi keledar |
No comments:
Post a Comment