Tuesday 2 January 2024

Penulisan 82 : Cara-cara Menjaga Kebersihan Taman Permainan

 CARA-CARA MENJAGA KEBERSIHAN TAMAN PERMAINAN

Taman permainan atau ( 1 ) merupakan sebuah kawasan terbuka untuk kegunaan ( 2 ). Pelbagai kemudahan disediakan di taman permainan seperti padang bola, trek berjoging, trek berbasikal, kolam ikan, alat permainan ( 3 ) dan sebagainya.

Orang awam sering menggunakan taman permainan atau taman rekreasi untuk pelbagai tujuan. Ada yang bersenam, berkelah bersama keluarga, bersiar-siar dan pelbagai lagi. Oleh ( 4 ), kita hendaklah menjada kebersihan taman permainan ini untuk kepentingan bersama.

Terdapat pelbagai cara untuk menjaga kebersihan di taman permainan ini, antaranya ialah bergotong-royong. Aktiviti bergotong-royong boleh dianjurkan oleh beberapa pihak seperti Pihak Berkuasa Tempatan atau pertubuhan ( 5 ). Orang ramai boleh dilibatkan pada harai-hari tertentu apabila gotong-royong ini diadakan.

 

Seterusnya, institusi pendidikan seperti sekolah, Institut Pendidikan Guru, kolej dan universiti boleh memainkan peranan dengan menganjurkan kempen menjaga kebersihan taman permainan yang berhampiran dengan institusi tersebut. Para pelajar bersama ( 6 ) dan guru menjadi bapa angkat bagi sesebuah taman permainan. Dengan cara ini para pelajar dididik untuk bertanggungjawab terhadap taman rekreasi.

Selain itu, penguatkuasaan undang-undang di taman permainan perlu dikuatkuasakan dengan lebih tegas. ( 7 ) seperti vandalisme yang sengaja merosakkan taman, membuang sampah merata-rata dan apa jua perbuatan yang menyalahi peraturan di taman hendaklah diambil tindakan tegas. Oleh yang demikian pengguna akan lebih berhati-hati ketika menggunakan ( 8 ) ini.

( 9 ), taman permainan atau taman rekreasi hendaklah dijaga seperti menjaga kediaman sendiri. Perkara yang paling penting ialah sikap  ( 10  ) para pengguna hendaklah diutamakan.

 

taman rekreasi

bertanggungjawab

ibu bapa

kanak-kanak

yang demikian

Salah laku

tempat awam

orang awam

sukarela

Kesimpulannya

 

No comments:

Post a Comment