Tuesday 2 January 2024

Penulisan 83 : Kebaikan Berkebun

 

 KEBAIKAN AKTIVITI BERKEBUN DI RUMAH

Berkebun atau ( 1 ) merupakan salah satu aktiviti masa lapang yang banyak manfaatnya kepada kita. Aktiviti bercucuk tanam boleh dilakukan di mana-mana sahaja sama ada di kawasan lapang mahupun kawasan yang sempit seperti di taman-taman perumahan.

Bagi mereka yang tinggal di kawasan kediaman yang terhad seperti kawasan taman perumahan, ( 2 ) ataupun apartmen aktiviti berkebun tetap boleh dilakukan. Terdapat banyak cara untuk bercucuk tanam seperti menggunakan pasu, ( 3 ), hidroponik, bekas terpakai dan sebagainya. Aktiviti ini sudah tentu mempunya banyak manfaatnya untuk kita.

Bercucuk tanam di rumah sudah tentu akan mengelakkan kita daripada membazirkan masa begitu sahaja. Masa-masa terluang dapat dimanfaatkan dengan menanam, ( 4 ), menyiram serta memetik hasil tuaian. Daripada menghabiskan masa dengan peranti ( 5 ), bukankah lebih baik berkebun.

 

Selain itu, aktiviti ini boleh menyihatkan ( 6 ). Pergerakan fizikal yang dilakukan ketika berkebun akan menggerakkan otot-otot, mengeluarkan peluh serta menyihatkan minda. Tiada lagi istilah ( 7 ) kerana rumah jauh daripada tempat rekreasi kerana aktiviti bersenam boleh dilakukan di rumah sahaja.

Seterusnya, hubungan kekeluargaan dan kemesraan antara  ( 8 )  dapat dipupuk. Sekali sekala pada waktu-waktu terluang, ibu, bapa serta anak-anak bersama-sama menyiram pokok-pokok yang ditanam atau memetik hasil tuaian. Gunakan masa berkualiti ini untuk ( 9 ) mesra antara satu sama lain.

Oleh yang demikian, jelaslah bahawa aktiviti berkebun atau bercucuk tanam banyak manfaatnya untuk ( 10 ) hidup kita. Carilah masa dan ruang untuk melakukan aktiviti ini di kediaman masing-masing.

 

bercucuk-taman

elektronik

tubuh badan

berbual-bual

malas bersenam

rumah pangsa

kesejahteraan

ahli keluarga

polibeg

membaja

 

No comments:

Post a Comment